Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula

Label:

Saya petik:

[SH] BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.

Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya. 

P/s: Cara lupus al-Quran klik di sini. 

'Kita tak takut hadapi ancaman godam' kata Rais.

Label:

Saya petik:
 
[MK] Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu.

- Bernama

12 bersekedudukan dicekup di Kulim

Label:

Saya petik:

[SH] MAHANG - Seramai 12 dicekup dan dua daripadanya merupakan rakyat tempatan dalam satu serbuan yang dijalankan Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana bersekedudukan di sebuah rumah di Estet Ladang Sungai Dingin kira-kira jam 12.50 pagi, kelmarin.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, penduduk kampung di sekitar lokasi kejadian sudah lama membuat pemantauan sebelum memaklumkan perkara itu kepada PADK untuk diambil tindakan.

Menurutnya, semua lelaki terlibat merupakan pekerja estet manakala pasangan wanita pekerja industri.

“PADK menerima maklumat dan pergi ke lokasi bersama enam penguat kuasa membuat pemantauan. Setelah mengesahkan bahawa terdapat beberapa pasangan dalam rumah, PADK mengambil tindakan mengepung rumah itu. PADK kemudiannya memperkenalkan diri dan meminta kebenaran membuat pemeriksaan.

“PADK menemui lima lelaki dan lima wanita warga Indonesia serta sepasangan kekasih warga tempatan berada dalam rumah itu. Ada di antaranya berada dalam bilik bersama pasangan masing-masing. Dari siasatan dijalankan PADK mendapati ke semua yang berada dalam rumah tidak mempunyai hubungan mahram, ” katanya.

Menurutnya, semua pasangan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Pasangan lelaki ditahan di lokap Balai Polis Kulim manakala pasangan wanita ditahan di Balai Polis Lunas.

“PADK kemudiannya membebaskan ke semua terlibat dengan ikat jamin dan mengarahkan mereka untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk dibicarakan.

“Sekiranya ingkar berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka terlibat, “ katanya.

Azmi meminta kerjasama orang ramai untuk terus memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat kepada PADK sekiranya ternampak sebarang perlakuan maksiat.

“Sehingga kini PADK membuat rondaan pencegahan maksiat setiap malam untuk memastikan Kulim bebas dari sebarang perlakuan mungkar, “ katanya.

[VIDEO] Hitler berang SKMM sekat internet

Label:

Berita baik untuk lelaki BERPOLIGAMI

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

Insentif poligami bersyarat

[BH] KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menimbang cadangan untuk memberi insentif kepada pengamal poligami di negeri ini yang mampu menguruskan isteri dan keluarga dengan baik mengikut syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata antara syarat dipertimbangkan ialah ketua keluarga itu hendaklah mengisytiharkan isteri masing-masing dan membawa mereka ke dalam masyarakat. 

“Mengenai cadangan supaya insentif diberi kepada keluarga yang mengamalkan poligami dan menunjukkan contoh baik, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu, cuma biasanya pengamal poligami ini sukar untuk dikenal pasti kerana ramai tidak mengisytiharkan isteri kedua dan seterusnya,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim, semalam.

Pada sesi DUN Kelantan kelmarin, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) mencadangkan supaya satu insentif diberikan kepada pengamal poligami contoh yang mampu mengurus isteri dan keluarga dengan baik.

Wan Ubaidah ketika diminta mengulas lanjut mengenai insentif berkenaan di luar dewan berkata, setakat ini pihaknya masih belum mempunyai kriteria khusus bagi membolehkan pengamal poligami mendapat insentif seumpama itu.

Ditanya sama ada insentif dimaksudkan berbentuk wang tunai atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu masih baru dan akan dibincangkan kemudian.

Mengulas sama ada ADUN yang mengamalkan poligami juga layak menerima insentif berkenaan, beliau berkata ia boleh dipertimbangkan sekiranya pihak berkaitan tidak mempunyai halangan.

“Insentif ini tak semestinya lelaki yang berkahwin dengan armalah (ibu tunggal) tetapi boleh juga anak dara, yang penting ketua keluarga ini berjaya mengurus isteri dan keluarga, kriteria pula kita kena bincang, kena ada syarat, tidak berbalah.

“Mereka kenalah isytihar isteri masing-masing seperti Salleh Yaakob (artis yang berkahwin empat), tak bolehlah sembunyi (jika berkahwin lebih daripada satu), kalau (berkahwin) tiga, maka kena jelaskan ada tiga (isteri) itu.

“Isytihar ini bermaksud poligami ini dimaklumkan kepada keluarga, masyarakat tahu dia berpoligami dan membawa isterinya ke dalam masyarakat... yang (menjadi masalah) beratnya ialah ada kahwin satu, kemudian cerai satu, seorang wanita bahagia manakala seorang lain menderita, jika poligami ini kita tak boleh terimalah,” katanya.

--------------------------------------------------------------------------
Apa komen Datuk Seri Shahrizat Jalil? 

Saya petik:

‘Lemahkan institusi keluarga’

[HM] KUALA LUMPUR: “Sepatutnya insentif diberikan kepada suami atau ketua keluarga yang menjaga isteri dan anak dengan baik. Beri insentif sebegini (kepada suami berpoligami) hanya akan melemahkan institusi keluarga.”

Demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai kesediaan Kerajaan Kelantan untuk memberikan insentif khas sama ada wang atau sumbangan lain kepada lelaki yang mengamalkan poligami di negeri itu.

Shahrizat berkata, tindakan kerajaan Pas Kelantan itu lebih kepada usaha untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ini menunjukkan mereka terdesak mencari isu untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Kelantan itu tidak akan membantu memperkukuh nilai kekeluargaan di negara ini sebaliknya ia hanya gimik politik.

“Kementerian berpendapat institusi keluarga tidak boleh diperlekeh dan dipandang rendah. Malaysia dan negara Islam lain komited untuk meletakkan hubungan kekeluargaan di tahap yang baik dan disanjung tinggi.

“Sewajarnya penghargaan diberikan kepada suami yang menunjukkan kesungguhan menjaga isteri dan keluarga dengan baik, bukan yang hendak menambah isteri. Tanggungjawab utama suami ialah menjaga keluarga terutama anak-anak,” katanya.

Sementara itu, pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, menyambut baik cadangan suami yang berpoligami diberi insentif kerana langkah itu secara tidak langsung membantu suami terbabit menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Perkara baik mesti disokong, cuma jangan ada pihak mengambil kesempatan. Bagi saya, rezeki datang daripada Allah dan Alhamdulillah, saya mampu menyara keluarga dengan rezeki yang diperoleh,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau yang memiliki empat isteri berkata, walaupun ada pihak yang berpandangan negatif terhadap suami yang berpoligami, hakikatnya ia selaras dengan sunnah Rasulullah.

“Saya tidak menjangka akan berkahwin lagi, ini bahagian saya dan mungkin satu ujian, tetapi saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan Allah,” katanya.

P/s: Itulah standard jawapan Menteri Wanita. Apakah yang melemahkan institusi keluarga.? Adakah kerana amalan poligami atau gejala sosial seperti zina?

Lembu, motosikal punca lif rosak di ibu negara?

Label:

Saya petik:

[HM] BUTTERWORTH: Tindakan tidak bertanggungjawab membawa masuk binatang ternakan termasuk lembu dan motosikal dalam lif, adalah antara punca menyebabkan kerosakan kemudahan itu yang disediakan untuk penghuni kediaman di bangunan tinggi di negara ini.

Kajian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke atas kira-kira 2,000 lif di bangunan tinggi di ibu negara pada tahun lalu mendapati ada penghuni yang mementingkan diri dengan membawa masuk ternakan ke dalam lif.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, ketika merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketiga 3 anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) di sini, semalam.
 
“Kajian JKKP mendapati salah satu punca kerosakan lif ialah (penghuni) membawa masuk motosikal dan ada juga membawa masuk lembu.

“Inilah yang menyebabkan lif rosak sehingga menimbulkan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Maznah bagaimanapun, berkata kes sedemikian bukan penyebab utama kerosakan lif kerana kajian mendapati kemudahan berkenaan rosak akibat tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Katanya, penyelenggaraan lif tidak dapat dilaksanakan berikutan sikap penghuni yang enggan menjelaskan yuran bulanan.

“Apabila satu lif rosak, pengurusan bangunan akan mengambil alat ganti daripada lif lain untuk memperbaiki dan akhirnya semua lif tidak dapat berfungsi sehingga menyusahkan semua penghuni,” katanya.

Bagi mengatasi keengganan penghuni menjelaskan yuran penyelenggaraan setiap bulan, Maznah berkata, kaedah yang dilaksanakan di beberapa negara dengan menyatukan yuran penyelenggaraan dengan sewa bulanan atau bil utiliti mungkin boleh dilaksanakan.

“Kajian wajar dilakukan untuk melihat kesesuaian yuran penyelenggaraan disatukan dengan sewa rumah ataupun bil utiliti dan ini dapat mengelak penghuni tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan berjumlah RM1.678 bilion kepada mangsa kemalangan di tempat kerja tahun lalu, peningkatan 19.3 peratus berbanding 2009 yang berjumlah RM1.354 bilion

Budak ini terjatuh dari tingkat 8 dan tersangkut di tingkat 7

Label:

Saya petik:

[HM] BEIJING: Seorang budak terselamat daripada maut apabila tersangkut di celah dinding bangunan dan peti penyaman udara selepas dia dipercayai tergelincir dari tingkat lapan sebuah bangunan, semalam.

Budak lelaki terbabit dilaporkan ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya dan bermain di kawasan balkoni di rumahnya.

Menurut saksi, mereka terkejut apabila terdengar suara budak menjerit meminta tolong.

Melihat ada seorang budak yang tersepit di antara peti penyaman udara bangunan berkenaan, penduduk apartmen di situ segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Menurut saksi, sementara menunggu polis tiba, mereka melihat budak terbabit semakin terancam apabila bergerak ke bawah sedikit demi sedikit.

“Akhirnya orang ramai bertindak nekad dengan cuba menyelamatkan budak terbabit sebelum polis tiba,” katanya.

Untuk mengelak budak terbabit terjatuh, dua pekerja kedai runcit - hanya dikenali sebagai Wang dan Zhour - memanjat keluar melalui tingkap di tingkat tujuh dan sempat memegang tangan mangsa.

Saksi berkata, dia cemas melihat kaki budak itu terkapai-kapai di antara dinding bangunan dan peti penyaman udara itu sebelum dia diselamatkan.

“Mujur seorang daripada mereka sempat menangkap tangannya sebelum terjatuh,” katanya.

Setakat ini belum diketahui bagaimana budak terbabit terjatuh dari kediamannya. - TS

Janda muda ini ditikam kerana enggan rujuk kembali

Label:

(Mangsa Hazita Mohamad)

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

“Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.

Ketua Puteri UMNO Jerlun dituduh khalwat dengan SU Bahagian

Label:

Yusmawati Yaacob (kanan sekali)

Saya petik:

[BH] JITRA: Ketua Puteri UMNO Jerlun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam atas tuduhan berkhalwat dengan Setiausaha UMNO bahagian itu, Jasmi Muhd Ismail, 47, di Taman Tunku Sarina di sini, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, Yusmawati Yaacob, 31, didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung dan bersembunyi bersama Jasmi, di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala Jasmi di dakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.

Yusmawati berbaju kurung putih dan tudung berbunga merah manakala Jasmi berkemeja putih berserta seluar berwarna gelap kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Shukri Zakaria, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Kes Khalwat Datuk ini 26 Julai

Label:

Saya petik:
[BH] George Town - Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai," katanya.

Nik Bukhari kemudiannya menetapkan perbicaraan akan dijalankan sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah itu.

Bagaimanapun, jika permohonan itu diterima mahkamah, pihak pendakwaan boleh menarik balik atau membatalkan kes berkenaan.

Pada 19 April lepas, Salim, 51, dan Nur Diayana, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama. - Bernama

Lagi penipuan SPR dibongkar!!

Label:

Saya petik:

[KD] SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar meletak jawatan selepas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali membuktikan penipuan pendaftar pemilih.

Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN menerangkan bukti penyelewengan SPR berdasarkan daftar pemilih induk yang diwartakan 13 Mei lalu.

Beliau berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.

Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.

“Sekarang, saya ada (lima) adik-beradik Cina,” kata Ahli Parlimen Gombak itu secara sinis.

Azmin membangkitkan cabaran itu berikutan kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa beliau tidak bercakap benar dalam isu daftar pemilih.

“Ketua Umno di SPR, Wan Ahmad… saya mengajak warga media untuk melihat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 13 Mei 2011. Daftar pemilih paling kotor dalam sejarah.

“Saya beri 48 jam, jawab atau letak jawatan. Turun ke Kampung Klang Gate, (tunjukkan) mana pemilih Cina dan India menetap di situ,” katanya yang menegaskan kawasan itu adalah 100 peratus diduduki orang Melayu.

Selain itu, kata Azmin, penempatan Kampung Klang Gate tiada bangunan tinggi tetapi pemilih didaftar menggunakan alamat ‘pangsapuri’ atau ‘kondominium’.

“Ada nama yang didaftar menggunakan (alamat) pangsapuri, sebagai contoh di rumah beralamat Blok 22-5-14,” katanya yang kemudian turut mengedar salinan daftar pemilih kepada media.

Beliau berkata, masalah itu sudah dibangkitkan lima tahun lalu tetapi SPR tidak berbuat apa-apa.

Azmin juga menyatakan KEADILAN sedang memantau aduan kewujudan operasi memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk kepentingan Umno dan BN.

P/s: Kalau tak menipu sudah lama PR memerintah Malaysia...

Isteri curang kaki belit, ada rekod jenayah

Label:

Saya petik:

[HM] JITRA: Akibat tidak tahan sikap isterinya yang curang, seorang suami nekad menghubungi Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk menangkap teman hidupnya itu yang berdua-duaan dengan lelaki lain di sebuah hotel, di sini, pagi kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan ke atas wanita berusia 29 tahun itu mendapati dia memiliki empat rekod jenayah menipu dan tujuannya menjalin hubungan intim dengan lelaki berkenaan termasuk menyewa bilik hotel dipercayai untuk menipunya.

Sumber PADKP berkata, pihaknya mendapat aduan daripada suami wanita itu yang curiga dengan tindak-tanduk isterinya selepas wanita terbabit tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, bertindak berdasarkan laporan lelaki berusia 30-an itu, sepasukan anggota penguat kuasa PADKP membuat pemeriksaan di sebuah hotel murah, di pekan Jitra 3, di sini, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

“Sejurus kami mengetuk pintu bilik hotel yang disewa wanita terbabit, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memakai baju-T serta berseluar pendek membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota PADKP,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan penguat kuasa PADKP menemui seorang wanita berbaju-T dan berseluar jeans bersembunyi dalam bilik air dan berpura-pura bersiap untuk pulang ke rumah.

“Ketika disoal siasat, wanita yang berasal dari Pauh, Perlis, itu mendakwa dia masih bujang dan menyewa di hotel berkenaan untuk sementara waktu.

“Wanita itu memberitahu dia dan lelaki yang berasal dari Padang Siding, Perlis, mengambil gambar kenangan di sebuah studio di pekan Jitra,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, selepas disoal siasat beberapa kali, wanita itu mengaku dia isteri orang.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya,” kata sumber itu, semalam.

Sumber itu berkata, soal siasat PADKP juga mendapati wanita terbabit baru mengenali lelaki yang menjadi pasangan khalwatnya kira-kira sebulan lalu, tetapi mengakui pernah empat kali terlanjur tanpa pengetahuan suaminya.

“Berdasarkan maklumat, wanita itu membawa pasangannya menyewa hotel berkenaan dengan motif untuk menipu dan dia terbabit dalam beberapa kes penipuan,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi berkata, pemeriksaan lanjut polis terhadap wanita terbabit mendapati dia memiliki empat rekod jenayah sejak 2004 bagi kes penipuan yang membabitkan kawasan Perlis, Alor Setar dan Changlun, tetapi sudah menjalani hukuman.

(Gambar hiasan)

Anwar minta demo BERSIH 2 batal...

Label:

Saya petik:

[MStar] SHAH ALAM: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai ini jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga' jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.

"Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran," kata Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada konvensyen pilihan raya parti itu, di sini, Ahad.

Katanya beliau kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu.

Bersih merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil. BERNAMA

Bapa dan anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

Label:

MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam. 
 
Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

12 polis ditahan edar dadah di Kuala Lumpur

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.

Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

“Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.

“Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti,” katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.

Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.

Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.

Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.

Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu.
Al-Quran dibuang di pusat kitar semula
Rabu, Jun 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Jun 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Jun 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai