Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil. Tak perlu dipunggah seperti umno...

Label:

 (Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)
Saya petik:
[HD] BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.

(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.

Ibu Terkejut Rakan Sekolah Anaknya Hadiah Sebutir Peluru Hidup

Label:

Sekadar hiasan

Saya petik:
[HM] SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang ‘dihadiahkan’ rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.

Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.

Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.

“Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Ingat kisah Natasha? Ini cerita terbaru...

Label:

HAFIZUDDIN (kiri) ketika mukanya melecur kerana disimbah asid sambil diperhatikan Natasha di Taman Seri Bakau, Kangar pada September 2011. 

Saya petik:
[kosmo] KANGAR - Setelah hampir tujuh bulan berpisah, Mohd. Hafizuddin Mohd. Johari, mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki yang cemburu terhadap hubungannya dengan seorang pondan yang dikenali sebagai Natasha pada September lalu kini kembali menjalin hubungan dengan temannya itu.

Mohd. Hafizuddin, 21, ketika menghubungi Kosmo! memberitahu, hubungan dia dengan Natasha atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 29, kini hanya atas dasar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Dia yang telah sembuh daripada kecederaan menegaskan, hubungannya dengan Natasha terdahulu dan terkini adalah atas kerelaan hatinya bukan disihir atau dibomoh seperti didakwa oleh ahli keluarganya sebelum ini.

"Saya sudah sembuh dan menjalani kehidupan baharu setelah bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sejak sebulan lalu dengan seorang kawan.

"Setelah bekerja, kami kembali berhubung tetapi cuma sebagai kawan, kami selalu bersembang melalui telefon dan bertemu sesekali kerana masing-masing sibuk," ceritanya.

P/s: Baguslah kalau setakat berkawan. Yang salah ialah apabila menjalinkan hubungan seperti pasangan kekasih dengan kaum sejenis... 

Adun BN CURI Elektrik di Kediaman Mewahnya

Label:

Semuanya nak dirembat.....dari elektrik sampailah ke lembu

Natasha Hudson selamat diijabkabulkan

Label:

Saya petik:
[mStar] KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.

"Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.

Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

"Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.

"Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.

Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin

Nikah selepas 3 hari koma

Saya petik:
[SH] MELAKA - "Kalau dah jodoh tak ke mana". Itu lah perumpamaan tepat untuk pasangan pengantin yang diijab kabul di wad Ortopedik Hospital Melaka di sini hari ini.

Pengantin lelaki, Izman Mohamad, 35, yang kini dirawat di hospital itu, sebelum ini koma selama tiga hari selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 6 April.

Keadaan Izman yang dirawat di wad Ortopedik hospital itu tidak menghalang beliau untuk melangsungkan majlis akad nikah dalam satu majlis ringkas di wad itu yang dihadiri anggota keluarga terdekat dan petugas wad berkenaan.

Dengan berkerusi roda dan pakaian pengantin warna sedondon merah kekuningan, Izman sah menjadi suami kepada Murni Osman, 33, dengan dua kali lafaz. Pasangan itu dinikahkan Imam I Masjid Fat’hur Rahman, Pengkalan Rama, Yunos Bidin pada pukul 10 pagi.

Majlis ringkas itu disulami tangisan gembira lebih 30 keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Sebaik bergelar isteri, Murni, seorang kerani di pejabat Umno Bahagian Bukit Katil di sini melahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahan itu berjalan mengikut jadual walaupun dalam keadaan serba ringkas.

"Mengikut perancangan, kami sepatutnya melangsungkan pernikahan di rumah saya di Durian Daun hari ini.

"Apapun, saya berasa amat bersyukur, gembira dan lega kerana majlis ini dapat dijalankan pada tarikh yang dirancang walaupun dalam hospital," katanya ketika ditemui di wad itu di sini.

Murni berkata dalam kemalangan itu, Izwan yang merupakan Pembantu Am Rendah di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Hang Tuah pada pukul 1
pagi.

Akibat kemalangan itu, Izwan koma selama tiga hari dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dipindahkan ke wad ortopedik.

Beliau berkata suaminya dibenarkan pulang sementara untuk menghadiri majlis persandingan mereka yang akan berlangsung esok di Dewan MBMB, Durian Daun.- Bernama
P/s: Sudah tertulis,.JODOH, AJAL, REZEKI..semuanya ketentuan Adr yg ESA....

Bapa Beranak tiga dicekup khalwat. Bacalah alasannya untuk melepaskan diri...

Label:

Saya petik:
[SH] LEDANG – “Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.

Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.

Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

P/s: kah kah kah...Pukul 1 pagi hantar makanan pada teman wanita takut kebulur.... 

[BUKTI] Setiap Masjid di Batu Pahat WAJIB beri RM50 untuk program PM Wasatiyah

Label:

Surat daripada Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat yang dihantar kepada pengerusi Masjid Daerah Batu Pahat supaya para imam dan bilal menghadiri majlis PM Wasatiyah...
Jika surat ini benar, alangkah tergamak mereka 'rembat' duit masjid untuk program bersama PM. Beginilah jadinya bila menteri agama sendiri menggunakan wang zakat untuk menghalang hukuman qazaf Anwar Ibrahim.

Sumber: Rakan FB

Sepupu yang diberi menumpang, berzina dengan suami

Label:

Sekadar hiasan

SETIAP wanita yang telah bergelar isteri tentunya ingin dikasihi oleh suami sehingga ke akhir hayat. Setiap saat mereka mahu dibelai dan dimanja oleh suami tercinta.

Perkahwinan yang dibina tentunya ingin diselamatkan walau apa terjadi kerana kasih terhadap suami telah tersimpul mati.

Namun mampukah seorang isteri menikmati keindahan dan kebahagiaan itu bersama suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh?

Dilema inilah yang ditanggung oleh Nadia (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun yang kini sedang berperang dengan suaminya Nazir (bukan nama sebenar), 38 tahun disebabkan Nazir ada hubungan sulit dengan sepupunya, S.

Semuanya bermula apabila Nadia menumpangkan sepupunya di rumah mereka sejak empat bulan lalu.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah ini seterusnya seperti yang diceritakan oleh Nadia dalam pertemuan kami baru-baru ini.

"Saya telah tujuh tahun bernikah dengan suami, Nazir, seorang pegawai kerajaan dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta.

"Tujuh tahun hidup bersama tidak ada masalah yang timbul. Suami seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memberi layanan baik kepada saya dan anak-anak. Saya amat menghargai sikapnya itu dan berterima kasih atas kebahagiaan yang kami nikmati selama ini.

"Namun panas yang saya harap sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kedatangan sepupu saya dari kampung melenyapkan segala kebahagiaan kami itu.

"Sepupu saya berusia 23 tahun, anak sulung ibu saudara saya, adik kepada ibu saya. Dia baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Sementara hendak biasa dengan hidup di KL, ibu saudara saya minta saya tolong tengok-tengok dia dan tumpangkan di rumah saya.

"Sebagai anak saudara dan kakak sepupu yang paling tua dalam keluarga kami tentu saya tidak menolak permintaan ibu saudara saya itu memandangkan adik sepupu saya itu yang kami panggil S tidak pernah tinggal di bandar besar sebelum ini.

"Suami pula tidak menolak apabila saya beritahu permintaan ibu saudara saya itu. Memang saya dan suami ikhlas membantu. Secara kebetulan tempat kerjanya sehala dengan pejabat suami saya.

"Setiap hari dia menumpang kereta suami ke pejabat, balik pun sama, suami saya menjemputnya setiap hari. Pada mulanya saya tidak nampak akan timbul masalah dengan perkara itu.

"Tetapi lama-kelamaan saya perhatikan sejak S menumpang keretanya, suami selalu pulang lewat ke rumah bersama S. Alasannya dia sibuk dan S terpaksa menunggu dia untuk pulang.

"Saya merasa pelik, setelah tiga bulan tinggal di KL, masakan S tidak tahu selok belok pulang ke rumah sendiri, kalau tidak larat menaiki bas, teksi banyak. Kenapa mesti tunggu suami saya juga. Paling tidak, dia boleh telefon saya bagi tahu suami saya lewat, saya boleh jemput dia.

"Bukan sekali dua kejadian itu berlaku malah semakin kerap dari minggu ke minggu. Apabila saya tanya, dia kata saya cemburu. Di rumah juga saya nampak sikap mereka banyak berubah. Tidak seperti S mula-mula tinggal dulu.

"Apabila suami saya ada di meja makan, S tidak makan bersama kami lagi. Apabila saya terlewat turun untuk makan atau sedang solat, baru S makan bersama suami dan anak-anak. Banyak kali juga saya perhatikan keadaan tersebut.

"Saya boleh baca daripada bahasa badan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Tetapi saya tidak boleh menuduh tanpa usul periksa. Saya luahkan perkara ini kepada adik lelaki saya tetapi dia menafikan dan berkata saya cemburu. Tapi saya beritahu dia satu hari saya akan buktikan yang tekaan saya benar belaka.

"Tuhan Maha Kaya dan ingin bantu saya. Satu hari, pembantu rumah saya mohon bercuti untuk ke rumah kakaknya yang jatuh sakit. Memandangkan hari itu Jumaat saya izinkan sebab Sabtu dan Ahad saya tidak bekerja.

"Anak kami saya tumpangkan di rumah adik saya yang tidak jauh dari rumah kami, lagipun anak kami sama sekolah. Balik dari pejabat saya boleh jemput dia.

"Pada hari Jumaat itu, saya keluar kerja seperti biasa selepas setengah jam suami dan S keluar. Saya tidak syak apa-apa akan berlaku kerana saya yakin suami dan S ke tempat kerja. Menjelang tengah hari saya tidak sedap hati. Teringatkan anak di rumah adik, saya mengambil keputusan pulang awal. Hampir pukul 4 petang saya keluar dari pejabat. Mulanya hendak terus ke rumah adik menjemput anak tetapi tergerak hati untuk pulang ke rumah dulu menyalin pakaian dan kemudian menjemput anak untuk pergi makan.

"Menghampiri rumah hati saya berdegup kencang. Dari luar saya lihat kereta suami ada di parkir. Pelik juga, selalu malam baru balik, ini awal sudah sampai. Agaknya dia tidak sihat, hati berkata tanpa mahu buruk sangka dengan suami.

"Saya letak kereta di luar pagar, kemudian berjalan masuk ke rumah. Pintu tidak berkunci, malah sedikit terkuak. Saya melangkah masuk dengan dada yang semakin kencang. Terdengar suara orang bercakap, pelik siapa agaknya, hati berkata lagi.

"Jelas suara itu datangnya dari bilik tidur kami. Saya berjalan laju ke arah itu, makin dekat makin kuat pula suara yang saya dengar. Hati mendidih, meluap-luap kemarahan saya.

"Sebaik menolak pintu, saya terpaku. Suami dan S dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya menjerit sekuat hati dengan air mata berlinangan. Tergamak mereka! Melihat saya terpacak di depan mata, suami tergamam dan melompat turun dari katil sementara S terpinga-pinga.

"Sampai hati abang! Ini balasan yang kamu bagi pada kakak. Patut kamu bersyukur ada tempat menumpang. Ini tidak, suami kakak pun kamu hendak rampas. Saya tidak akan ampunkan abang...tidak sama sekali,'' saya menjerit dan menuding jari ke arah mereka.

"Habis berkata-kata saya berlari keluar dari bilik dan dikejar oleh suami. Hati saya sudah tawar. Sambil menangis saya memandu kereta meninggalkan kawasan rumah menuju rumah adik lelaki saya tanpa menoleh ke belakang lagi. Tiba di sana, saya meluahkan segala yang berlaku. Adik amat marah dengan kejadian itu dan terus menelefon ibu dan bapa saya serta mentua untuk menceritakan perkara yang sudah berlaku. Dia juga memberitahu ibu S tentang kejadian itu.

" Seluruh adik-beradik saya yang berada di Kuala Lumpur berhimpun di rumah adik. Esoknya keluarga kami sampai dari kampung termasuk ibu S. Mentua saya menangis dan memeluk saya, ibu dan bapa bersedih dengan kejadian itu sementara ibu S yang juga ibu saudara saya turut kesal dengan apa yang berlaku. Berkali-kali dia meminta maaf dia atas perbuatan anaknya itu.

"Adik saya dan mentua ke rumah saya untuk membawa suami dan S ke rumahnya. Sebelum mereka tiba saya telah nekad untuk memohon dilepaskan. Keputusan saya muktamat. S berkali-kali memegang kaki saya minta ampun, tapi saya sudah tidak boleh memandang wajahnya lagi lebih-lebih lagi suami.

"Ibu saudara saya minta Nazir bertanggungjawab terhadap S dan mahu mereka segera bernikah tanpa langsung mengambil kira perasaan saya.

"Sebelum perbincangan selesai saya meninggalkan rumah adik. Saya perlukan ketenangan. Kedua-dua anak kami saya bawa bersama. Saya bagi tempoh seminggu kepada suami untuk keluar dari rumah kerana rumah itu adalah rumah saya, nama saya.

"Sebulan menunggu akhirnya saya dilepaskan. Saya bersyukur kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya. Apa yang berlaku selepas itu antara suami dan S saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu. Malah sehingga kini, saya tidak balik kampung kerana terguris hati dengan perbuatan sepupu saya. Saya tidak mahu bertembung dengan ibu saudara saya dan keluarganya.

"Kini saya semakin pulih. Walaupun kejadian itu tidak dapat saya lupakan tetapi saya akan berusaha untuk tidak mengingatinya lagi. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal dan memberi kebahagiaan untuk membesarkan anak saya.

"Saya nasihatkan anda di luar sana supaya jangan mudah menerima orang luar untuk menumpang walaupun saudara sendiri kerana rambut sama tetapi hati lain-lain. Biarlah dikatakan sombong asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita,'' demikian Nadia berpesan sebelum menutup cerita.

Cerita Nadia memang menyedihkan. Ia ibarat diberi susu tetapi dibalas dengan tuba. Saya yakin kesedihan itu mengambil masa untuk dilupakan kerana ia membabitkan saudara sendiri. Kes seperti yang Nadia lalui memang kerap berlaku dalam masyarakat hari ini. Dalam pada kita berusaha menjaga hati orang atau saudara mara, biasanya kita akan terlupa pada hati sendiri.

Apa pun saya harap Nadia tidak patah semangat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Jadikan kejadian itu satu pengalaman berharga dalam hidup. Mungkin Allah menguji Nadia untuk menghadiahkan seorang lelaki yang lebih baik pada masa depan. Soal hati susah di ramal, tidak kira sudah menjadi milik orang atau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

Menamatkan catatan, jika kesedihan itu semakin menghimpit, bersihkanlah jiwa agar ia tenang dan kembali bersinar serta mampu membalut luka di hati yang telah berdarah.
Sumber: UM 

P/s: Jadikan pengajaran....

[VIDEO] Kubur Islam, Kristian & Buddha dalam satu kawasan

Label:

Kelihatan kubur orang Islam, jirat Cina dan kubur Kristian dalam satu kawasan....
Di manakah Majlis Agama? Mustahil mereka tidak mengetahui akan perkara ini.
Apa yang berlaku di Tanjung Agas dalam Parlimen Pekan ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi menempatkan kubur orang Islam biasa.
Bagaimanakah situasi pada hari raya ketika umat Islam menziarahi kubur saudara mara mereka?

[FOTO NGERI] Wanita dibunuh dan dibakar!!

Label:

Mayat yang dipercayai wanita telah dijumpai masih dalam keadaan terbakar di Jalan Padang Meha Sungai Karangan berdekatan dengan Jalan Taman Desa Aman, Kulim Kedah.

Kejadian berlaku 13 April 2012 jam sekitar 10 malam.

Menurut sumber, mayat ini dipercayai telah dibunuh di kawasan lain dan diletakkan di dalam lubang seperti parit besar tepi jalan di Jalan Estet Padang Meha, Kulim Kedah tidak jauh dari kebun kelapa sawit.

Orang awam yang menjumpai mayat yang masih dalam keadaan terbakar itu, terkejut lalu melaporkannya kepada pihak Polis.

Beliau memberhentikan kereta dan parking untuk menjerat (memasang jerat) burung dan ternampak api yang marak dari parit tempat mayat dibakar.

Beliau terus menghampiri dan nampak seperti manusia yang sedang terbakar dalam keadaan terbaring.

Orang awam tersebut terus menghubungi Balai Polis Sungai Karangan untuk memaklumkan kejadian ini dan pihak Polis sampai di tempat kejadian dan punca kematian mayat yang dibakar ini masih dalam proses siasatan oleh pihak Forensik. 
Sumber: Rileks.com

P/s: Kejamnya manusia...

Bayi dua minggu mati dipijak bapa

Label:

 AHLI keluarga mendukung mayat bayi di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

Saya petik:
[BH] IPOH: Seorang bayi lelaki yang baru berusia dua minggu meninggal dunia dipercayai selepas dipijak bapanya sendiri yang naik berang selepas bergaduh dengan isteri dan iparnya di rumahnya di Taman Bernam Jaya, berdekatan Tanjung Malim, awal pagi kelmarin.

Sumber berkata, sebelum kejadian itu suspek berusia 40-an dan bekerja dengan syarikat mengumpul barang lusuh dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 30-an dan tindakannya ditegur adik iparnya.

“Teguran itu menyebabkan suspek bertambah berang hingga berlaku pergaduhan.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian dikatakan mencapai parang lalu menyerang iparnya yang berusia 32 tahun.

“Selepas itu, suspek dikatakan memijak pula bayi lelakinya hingga menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, bayi berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, salah seorang keluarga terdekat suspek kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru.

Difahamkan, empat ahli keluarga bayi, iaitu suspek dan beberapa ahli keluarganya ditahan polis untuk disoal siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi berkata, siasatan kes bunuh itu dilakukan polis Selangor berikutan kejadian dilaporkan di Balai Polis Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kerana memukul suspek ketika pergaduhan dalam keluarga berkenaan.

Suami curi cap jari isteri semasa tidur untuk kahwin satu lagi. Inilah jadinya...

Label:

Sekadar hiasan

Saya petik:
[SH] BESUT - Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.

'Perang besar' tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.

Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.

Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.

Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.

Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.

Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu.

[VIDEO] Penyanyi hip hop ini dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah

Label:

 NOORZULAINI Yunos melihat kecederaan di kepala anaknya, Mikael Adam di Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur, semalam.

Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam. 
 
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan. 

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

P/s: Pukul 3.30 pagi tu buat apa? Masa untuk tidur dan solat Tahajud....

Digantung: Annuar bawa kes ke panel antarabangsa

Label:

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.

Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.

”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.
 (Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)
Saya petik:
[HD] BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.

(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.
Ibu Terkejut Rakan Sekolah Anaknya Hadiah Sebutir Peluru Hidup
Isnin, April 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Sekadar hiasan

Saya petik:
[HM] SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang ‘dihadiahkan’ rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.

Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.

Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.

“Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan,” katanya.
Ingat kisah Natasha? Ini cerita terbaru...
Isnin, April 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
HAFIZUDDIN (kiri) ketika mukanya melecur kerana disimbah asid sambil diperhatikan Natasha di Taman Seri Bakau, Kangar pada September 2011. 

Saya petik:
[kosmo] KANGAR - Setelah hampir tujuh bulan berpisah, Mohd. Hafizuddin Mohd. Johari, mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki yang cemburu terhadap hubungannya dengan seorang pondan yang dikenali sebagai Natasha pada September lalu kini kembali menjalin hubungan dengan temannya itu.

Mohd. Hafizuddin, 21, ketika menghubungi Kosmo! memberitahu, hubungan dia dengan Natasha atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 29, kini hanya atas dasar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Dia yang telah sembuh daripada kecederaan menegaskan, hubungannya dengan Natasha terdahulu dan terkini adalah atas kerelaan hatinya bukan disihir atau dibomoh seperti didakwa oleh ahli keluarganya sebelum ini.

"Saya sudah sembuh dan menjalani kehidupan baharu setelah bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sejak sebulan lalu dengan seorang kawan.

"Setelah bekerja, kami kembali berhubung tetapi cuma sebagai kawan, kami selalu bersembang melalui telefon dan bertemu sesekali kerana masing-masing sibuk," ceritanya.

P/s: Baguslah kalau setakat berkawan. Yang salah ialah apabila menjalinkan hubungan seperti pasangan kekasih dengan kaum sejenis... 
Adun BN CURI Elektrik di Kediaman Mewahnya
Ahad, April 15, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Semuanya nak dirembat.....dari elektrik sampailah ke lembu
Natasha Hudson selamat diijabkabulkan
Ahad, April 15, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[mStar] KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.

"Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.

Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

"Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.

"Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.

Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin
Nikah selepas 3 hari koma
Ahad, April 15, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] MELAKA - "Kalau dah jodoh tak ke mana". Itu lah perumpamaan tepat untuk pasangan pengantin yang diijab kabul di wad Ortopedik Hospital Melaka di sini hari ini.

Pengantin lelaki, Izman Mohamad, 35, yang kini dirawat di hospital itu, sebelum ini koma selama tiga hari selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 6 April.

Keadaan Izman yang dirawat di wad Ortopedik hospital itu tidak menghalang beliau untuk melangsungkan majlis akad nikah dalam satu majlis ringkas di wad itu yang dihadiri anggota keluarga terdekat dan petugas wad berkenaan.

Dengan berkerusi roda dan pakaian pengantin warna sedondon merah kekuningan, Izman sah menjadi suami kepada Murni Osman, 33, dengan dua kali lafaz. Pasangan itu dinikahkan Imam I Masjid Fat’hur Rahman, Pengkalan Rama, Yunos Bidin pada pukul 10 pagi.

Majlis ringkas itu disulami tangisan gembira lebih 30 keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Sebaik bergelar isteri, Murni, seorang kerani di pejabat Umno Bahagian Bukit Katil di sini melahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahan itu berjalan mengikut jadual walaupun dalam keadaan serba ringkas.

"Mengikut perancangan, kami sepatutnya melangsungkan pernikahan di rumah saya di Durian Daun hari ini.

"Apapun, saya berasa amat bersyukur, gembira dan lega kerana majlis ini dapat dijalankan pada tarikh yang dirancang walaupun dalam hospital," katanya ketika ditemui di wad itu di sini.

Murni berkata dalam kemalangan itu, Izwan yang merupakan Pembantu Am Rendah di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Hang Tuah pada pukul 1
pagi.

Akibat kemalangan itu, Izwan koma selama tiga hari dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dipindahkan ke wad ortopedik.

Beliau berkata suaminya dibenarkan pulang sementara untuk menghadiri majlis persandingan mereka yang akan berlangsung esok di Dewan MBMB, Durian Daun.- Bernama
P/s: Sudah tertulis,.JODOH, AJAL, REZEKI..semuanya ketentuan Adr yg ESA....

Saya petik:
[SH] LEDANG – “Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.

Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.

Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

P/s: kah kah kah...Pukul 1 pagi hantar makanan pada teman wanita takut kebulur.... 

Surat daripada Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat yang dihantar kepada pengerusi Masjid Daerah Batu Pahat supaya para imam dan bilal menghadiri majlis PM Wasatiyah...
Jika surat ini benar, alangkah tergamak mereka 'rembat' duit masjid untuk program bersama PM. Beginilah jadinya bila menteri agama sendiri menggunakan wang zakat untuk menghalang hukuman qazaf Anwar Ibrahim.

Sumber: Rakan FB
Sepupu yang diberi menumpang, berzina dengan suami
Sabtu, April 14, 2012 | Author: Tuk Kiyai