Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Sharifah Listen Listen Listen akan jelaskan mengapa semua haiwan bermasalah dalam masa terdekat. Tungguuu....

[SH] SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar

Anwar menang saman, Khairy tarik balik fitnah

[KD] KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.

“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

Kalimah ALLAH: DAP Perak setuju Majlis Syura

[SH] IPOH - Isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.

Beliau berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.

“Saya yakin kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu sedikit berbeza.

“Saya juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Koo Ham berkata demikian ketika mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.

Menurut Koo Ham lagi, asal perkataan ALLAH itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini.

Listen Listen Listen - Namewee

Pemuda Umno Ampang akan Berdemo kerana Tidak Puas Hati dengan SYABAS..Kah kah kah....

P/s: Kah kah kah...Terkena pada batang hidung sendiri baru mengelabah.....

[FMT] PETALING JAYA: Adun Umno Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo tidak puas hati dengan cara Syabas air Selangor (Syabas) mengatasi masalah air di kawasan Ampang yang belum menyeluruh termasuk kawasan perumahan.

Ismail berkata, Pemuda Umno Ampang akan mengadakan demonstrasi bagi melahirkan rasa tidak puas hati mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak faham mengapa Taman Dagang hanya tingkat bawah hingga tingkat dua yang mendapat bekalan air paip, manakala tingkat tiga dan empat belum lagi.

“Mengapa boleh berlaku begini?” katanya yang juga ketua Umno Ampang.

Bekalan air di beberapa kawasan termasuk Ampang terganggu sejak seminggu lalu ekoran kerosakan pam di Setiawangsa.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak berkenaan perlu memberi perhatian,” tambahnya.

Ismail juga mahu kerajaan negeri memainkan peranan sewajarnya bagi mengatasi masalah bekalan air di Lembah Kelang.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan saham dalam Syabas.

Ismail kesal pimpinan kerajaan asyik menuding jari menyalahkan Syabas sebaliknya mereka tidak melakukan sebarang tindakan mengatasinya.

“Apa wakil kerajaan negeri buat dalam ahli lembaga pengarah Syabas?” tanya beliau.

Si Dara ini Tangguh Bulan Madu Semata-mata Mahu Berkempen untuk Be end...

Ummi Hafilda dan bakal suaminya, Dr Zaman Khan.

[mStar] PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan bakal suaminya, Dr Zaman Khan memutuskan untuk menangguhkan bulan madu mereka semata-mata untuk berkempen membantu Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ummi, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan bulan madu ke Eropah selepas beliau menerima banyak jemputan untuk memberikan ceramah politik di seluruh negara.

"Pada 21 Januari saya perlu untuk memberikan ucapan pada satu majlis ceramah dan selain itu terdapat juga beberapa peristiwa lain yang saya perlu hadir.

"Jadi kami memutuskan untuk menangguhkan bulan madu kami selepas pilihan raya umum untuk membantu memastikan kemenangan besar BN dalam pemilihan akan datang," katanya kepada The Star pada Ahad.

Ahli perniagaan itu akan bernikah dengan warga Pakistan berkenaan pada 18 Januari ini.

Menurut Ummi, beliau tidak menghadapi masalah terutama dalam melakukan persiapan menjelang perkahwinannya itu walaupun sibuk dengan urusan lain.

"Alhamdullilah, saya gembira kerana persiapan perkahwinan hampir lengkap kerana sokongan keluarga saya, terutama ibu saya.

"Saya perlu membuat persediaan dengan teliti kerana ramai orang ternama dan pemimpin negara dijemput untuk majlis perkahwinan ini," katanya, sambil menambah bahawa perkahwinan itu akan menggunakan tema 'Syurga Khayalan'.

[VIDEO] Paip Air SYABAS Pecah kerana 'Sekat' Air?

Isu Sabotaj Air Selangor: SPRM Diminta Siasat SYABAS

[selangorku] SHAH ALAM 10 JAN : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Air Untuk Rakyat (Hayat) mahu satu siasatan terperinci dijalankan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam isu krisis bekalan air di Ampang.

Presidennya, Arshad Ahmad berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis bagi memastikan kejadikan bekalan air yang terputus itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berniat untuk memburukkan Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Syabas mendakwa lima pam air di Wangsa Maju rosak menyebabkan penduduk sekitar Ampang dan Cheras terputus bekalan air sejak dua minggu lalu.

“Kami tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Syabas kerana ia adalah tanggungjawab Syabas membuat perancangan dan pemantauan secara berkala.

“Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh kebelakangan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya contohnya kegagalan fungsi rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu.

“Mengapa semua pam itu rosak? Adakah ia satu sabotaj dari mana-mana pihak untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menyalahkan Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas membuat satu bantahan aman terhadap Syabas di Wisma Rozali.

Kira-kira 50 penduduk di sekitar Ampang hadir mendesak Syabas menyelesaikan masalah itu.

Antara kawasan yang terlibat Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Jaya, Taman Nirwana dan Ampang Mewah.

Mayat Hampir Rentung di Subang Bestari

[HM] Sungai Buloh: Kepala terpisah daripada tubuh, beberapa anggota badan lain hilang, manakala bahagian pinggang ke atas pula hampir rentung akibat dibakar.

Begitulah keadaan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di satu kawasan pembuangan sisa bahan binaan di Subang Bestari, di sini, petang semalam.
Mayat lelaki itu ditemui seorang pengutip sampah ketika mencari barang terbuang di kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.35 petang.

Sumber polis berkata, ketika mencari bahan buangan untuk dikitar semula, lelaki itu terhidu bau busuk lalu berusaha mengesan puncanya.
FotoANGGOTA unit forensik mengutip cebisan mayat terbakar.

“Dia kemudian terkejut apabila mendapati bau busuk itu adalah bau mayat seorang lelaki yang terbakar separuh badan.

Cerita Terbaru Wanita Mengamuk di Pejabat JPN Tempoh Hari

[SH] PUTRAJAYA - Wanita yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang diarah oleh anak guamnya Muhdalena Ahmad.

"Kami sedang menimbang kemungkinan bagi runding akuan bersalah antara pihak pembelaan dan pendakwaan dan kami akan maklumkan kepada mahkamah keputusannya esok," kata Visvanathan.

Terdahulu, Visvanathan, yang batuk dengan teruk di dalam mahkamah, memohon agar perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari mulai hari ini, ditangguhkan sehingga esok memandangkan beliau berasa tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh tidak membantah bagi kes itu ditangguhkan.

Kalmizah bagaimanapun meminta Visvanathan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan jawapan segera.

Hakim Mohamed Kamil Nizam membenarkan permohonan itu tetapi meminta Visvanathan supaya memberitahu Kalmizah lebih awal jika beliau tidak dapat hadir di mahkamah esok, supaya saksi tidak perlu datang ke mahkamah.

Terdahulu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa 22 daripada 39 saksi pendakwaan hadir di mahkamah hari ini.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan.

Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.

Laporan perubatan dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu dan tidak tahu akibat daripada perbuatannnya.

Laporan yang disediakan oleh perunding forensik psikiatri Dr Rabaiah Mohd Salleh, bagaimanapun menyebut bahawa keadaan mental Muhdalena kini stabil dan dia cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah - Bernama

Amanat Hadi: Menilai dengan adil

ISU amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkit menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih dari 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja. Kedua belah pihak; kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan’ kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian. Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?!

Amanat

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

Saudara-saudara sekalian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Adil

Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.

Amanat Hj Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Datuk Seri Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang-orang Pas sendiri. Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang Pas mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-Pas juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan.

Saya sendiri pernah berjumpa orang-orang Pas yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular’ dan seumpamanya. Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa Pas, terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.

YB Dr Mujahid Yusuf iaitu seorang Ahli Parlimen Pas, tokoh reformis dalam Pas dan anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am Pas dalam bukunya ‘Menuju Pas Baru’ menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut: “Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam… penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga Pas diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini” (m/s 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).

 Mungkin Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh Pas yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam Pas mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.

Konteks

Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan Pas ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada 70an dan 80an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini. Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-rejim Arab yang sangat zalim dan khianat. Mereka juga biadab terhadap ALLAH da Rasul-Nya. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.

Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga Murshidul ‘Am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku “Du‘aah La Qudah” (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.

Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam erti kata lain menjadikan seseorang kafir. Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut: “Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad SAW. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini…”

Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang Pas ketika itu telah menggunakannya ketika secara ‘borong’ untuk mengkafirkan setiap penyokong Umno. Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama Pas yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.

Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, Umno pada era 70an dan 80an bukanlah seperti Umno hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam Umno belum berlaku ketika itu. Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang Pas dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas. Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum Umno dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan Pas mengkafirkan keseluruhan Umno, namun itulah realiti ketika itu. Sikap Umno ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu.

Pada masa tersebut kematangan Pas dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Haji Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini. Hari ini jika kita membaca YB Pas Dr Mujahid Yusof menulis dalam bukunya ‘Rejuvenasi Pas’, beliau membincangkan tajuk ‘Islam Dalam Kerangka Perlembagaan’, kita mendapati tokoh Pas ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam Pas.

Pas berubah

Pas hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk diri Haji Hadi sendiri. Jika Pas masih berpegang dengan Amanah lama DS Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan. Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan Pas sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kaca mata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.

Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang Pas yang mengkafirkan Umno maka Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.

Di samping Pas, jangan lupa dalam Umno juga ada yang ‘kaki pengkafir dan penyesat’ orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk Umno, ada yang menghukum akidah Menteri Besar Kelantan sesat bahkan kufur. Di Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat. Golongan ulama muda Umno amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik.

Media-media Umno juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang Pas lakukan dalam era 80an. Umno hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. Umno hari ini seakan menuju Pas era Amanat Haji Hadi.

Hentikan

Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh ALLAH’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

yeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut Majmu‘at al-Fatawa: “Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang daripada Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa”.

Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.

- Sumber: SinarHarian

VIDEO: Ust Azhar Idrus & Artis di Ambang 2013. Lawak lawak

Memo Kepada Agong Sekiranya Tiada Tindakan Terhadap Pendedahan Deepak

[selangorku] KUALA LUMPUR, 27 DIS : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengecam tindakan berdiam diri pihak berkuasa berhubung dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishin terhadap keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tegasnya, sikap Polis, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan Deepak membabitkan maruah Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mengharapkan dalam tempoh dua minggu semua pihak ini dapat memberikan rekasi kepada rakyat.

“Jika tidak, saya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat PAS di sini.

Dalam siri temuramahnya, Deepak mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.

SD pertama itu dikatakan mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

[VIDEO] Samseng Upahan Umno Serang dan Tampar Orang Tua

LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren - Selamatkan FELDA tempoh hari rujuk sini juga ~ Samseng Upahan Umno.
 
Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.

Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, ayam itek lembu dan kambeng supaya mereka semua tahu bahawa parti samseng Umno akan menghuru-harakan negara ini jika mereka dibiarkan terus memerintah.
Mahasiswa dilarang berpolitik, mahasiswa berpolitik ditangkap masuk penjara. Mat rempit, kutu berahak dan samseng pula yang Umno bela untuk berpolitik maka jadilah politik kurang ajar, politik samseng, politik pukul orang, politik baling cat dan sebagainya.

Mangsa Pertama Banjir di Terengganu

Samhanim Ramlee

[mStar] KUALA TERENGGANU: Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri Selasa.

Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.

Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 6,100 orang sehingga 8.30 malam ini berbanding 5,297 orang petang tadi.

Mereka kini tempatkan dipindahkan di 106 pusat pemindahan banjir.

Menurut portal banjir negeri, jumlah terbesar mangsa banjir yang dipindahkan adalah di Dungun iaitu seramai 1,221 orang diikuti Besut (1,096), Hulu Terengganu (1,046), Kemaman (979), Kuala Terengganu (807), Setiu (707) dan Marang (244).

Air di beberapa batang sungai termasuk sungai Besut di Kampung La; sungai Dungun iaitu di Pasir Raja dan Kuala Jengai; sungai Nerus, di kampung Langkap di sini; sungai Setiu di Permaisuri; dan sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kekal berada di paras bahaya.

Namun, setakat ini tiada jalan utama yang menghubungi negeri ini ditutup kepada kenderaan.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di Kampung Tasik dan Kampung Buluh di Setiu mendapati perbuatan beberapa penduduk yang bermain air di jalan raya dilihat boleh mengancam nyawa mereka memandangkan air yang mengalir amat deras di situ.

Seorang penduduk ketika ditemui Ibrahim Yahya, 56 berkata banjir ini disifatkan sebagai yang terburuk melanda daerah ini sejak tujuh tahun lepas.

"Daerah ini sering dilanda banjir namun tidaklah seteruk ini dimana air begitu cepat naik ke dalam rumah dan menyukarkan kami untuk bergerak dengan arus yang deras," katanya. - BERNAMA

[SH] SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar
Anwar menang saman, Khairy tarik balik fitnah
Rabu, Januari 16, 2013 | Author: Tuk Kiyai

[KD] KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.

“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.
Kalimah ALLAH: DAP Perak setuju Majlis Syura
Rabu, Januari 16, 2013 | Author: Tuk Kiyai

[SH] IPOH - Isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.

Beliau berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.

“Saya yakin kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu sedikit berbeza.

“Saya juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Koo Ham berkata demikian ketika mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.

Menurut Koo Ham lagi, asal perkataan ALLAH itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini.
Listen Listen Listen - Namewee
Rabu, Januari 16, 2013 | Author: Tuk Kiyai

P/s: Kah kah kah...Terkena pada batang hidung sendiri baru mengelabah.....

[FMT] PETALING JAYA: Adun Umno Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo tidak puas hati dengan cara Syabas air Selangor (Syabas) mengatasi masalah air di kawasan Ampang yang belum menyeluruh termasuk kawasan perumahan.

Ismail berkata, Pemuda Umno Ampang akan mengadakan demonstrasi bagi melahirkan rasa tidak puas hati mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak faham mengapa Taman Dagang hanya tingkat bawah hingga tingkat dua yang mendapat bekalan air paip, manakala tingkat tiga dan empat belum lagi.

“Mengapa boleh berlaku begini?” katanya yang juga ketua Umno Ampang.

Bekalan air di beberapa kawasan termasuk Ampang terganggu sejak seminggu lalu ekoran kerosakan pam di Setiawangsa.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak berkenaan perlu memberi perhatian,” tambahnya.

Ismail juga mahu kerajaan negeri memainkan peranan sewajarnya bagi mengatasi masalah bekalan air di Lembah Kelang.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan saham dalam Syabas.

Ismail kesal pimpinan kerajaan asyik menuding jari menyalahkan Syabas sebaliknya mereka tidak melakukan sebarang tindakan mengatasinya.

“Apa wakil kerajaan negeri buat dalam ahli lembaga pengarah Syabas?” tanya beliau.

Ummi Hafilda dan bakal suaminya, Dr Zaman Khan.

[mStar] PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan bakal suaminya, Dr Zaman Khan memutuskan untuk menangguhkan bulan madu mereka semata-mata untuk berkempen membantu Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ummi, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan bulan madu ke Eropah selepas beliau menerima banyak jemputan untuk memberikan ceramah politik di seluruh negara.

"Pada 21 Januari saya perlu untuk memberikan ucapan pada satu majlis ceramah dan selain itu terdapat juga beberapa peristiwa lain yang saya perlu hadir.

"Jadi kami memutuskan untuk menangguhkan bulan madu kami selepas pilihan raya umum untuk membantu memastikan kemenangan besar BN dalam pemilihan akan datang," katanya kepada The Star pada Ahad.

Ahli perniagaan itu akan bernikah dengan warga Pakistan berkenaan pada 18 Januari ini.

Menurut Ummi, beliau tidak menghadapi masalah terutama dalam melakukan persiapan menjelang perkahwinannya itu walaupun sibuk dengan urusan lain.

"Alhamdullilah, saya gembira kerana persiapan perkahwinan hampir lengkap kerana sokongan keluarga saya, terutama ibu saya.

"Saya perlu membuat persediaan dengan teliti kerana ramai orang ternama dan pemimpin negara dijemput untuk majlis perkahwinan ini," katanya, sambil menambah bahawa perkahwinan itu akan menggunakan tema 'Syurga Khayalan'.
[VIDEO] Paip Air SYABAS Pecah kerana 'Sekat' Air?
Jumaat, Januari 11, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Isu Sabotaj Air Selangor: SPRM Diminta Siasat SYABAS
Jumaat, Januari 11, 2013 | Author: Tuk Kiyai

[selangorku] SHAH ALAM 10 JAN : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Air Untuk Rakyat (Hayat) mahu satu siasatan terperinci dijalankan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam isu krisis bekalan air di Ampang.

Presidennya, Arshad Ahmad berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis bagi memastikan kejadikan bekalan air yang terputus itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berniat untuk memburukkan Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Syabas mendakwa lima pam air di Wangsa Maju rosak menyebabkan penduduk sekitar Ampang dan Cheras terputus bekalan air sejak dua minggu lalu.

“Kami tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Syabas kerana ia adalah tanggungjawab Syabas membuat perancangan dan pemantauan secara berkala.

“Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh kebelakangan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya contohnya kegagalan fungsi rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu.

“Mengapa semua pam itu rosak? Adakah ia satu sabotaj dari mana-mana pihak untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menyalahkan Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas membuat satu bantahan aman terhadap Syabas di Wisma Rozali.

Kira-kira 50 penduduk di sekitar Ampang hadir mendesak Syabas menyelesaikan masalah itu.

Antara kawasan yang terlibat Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Jaya, Taman Nirwana dan Ampang Mewah.
Mayat Hampir Rentung di Subang Bestari
Rabu, Januari 09, 2013 | Author: Tuk Kiyai

[HM] Sungai Buloh: Kepala terpisah daripada tubuh, beberapa anggota badan lain hilang, manakala bahagian pinggang ke atas pula hampir rentung akibat dibakar.

Begitulah keadaan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di satu kawasan pembuangan sisa bahan binaan di Subang Bestari, di sini, petang semalam.
Mayat lelaki itu ditemui seorang pengutip sampah ketika mencari barang terbuang di kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.35 petang.

Sumber polis berkata, ketika mencari bahan buangan untuk dikitar semula, lelaki itu terhidu bau busuk lalu berusaha mengesan puncanya.
FotoANGGOTA unit forensik mengutip cebisan mayat terbakar.

“Dia kemudian terkejut apabila mendapati bau busuk itu adalah bau mayat seorang lelaki yang terbakar separuh badan.
Cerita Terbaru Wanita Mengamuk di Pejabat JPN Tempoh Hari
Selasa, Januari 08, 2013 | Author: Tuk Kiyai

[SH] PUTRAJAYA - Wanita yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang diarah oleh anak guamnya Muhdalena Ahmad.

"Kami sedang menimbang kemungkinan bagi runding akuan bersalah antara pihak pembelaan dan pendakwaan dan kami akan maklumkan kepada mahkamah keputusannya esok," kata Visvanathan.

Terdahulu, Visvanathan, yang batuk dengan teruk di dalam mahkamah, memohon agar perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari mulai hari ini, ditangguhkan sehingga esok memandangkan beliau berasa tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh tidak membantah bagi kes itu ditangguhkan.

Kalmizah bagaimanapun meminta Visvanathan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan jawapan segera.

Hakim Mohamed Kamil Nizam membenarkan permohonan itu tetapi meminta Visvanathan supaya memberitahu Kalmizah lebih awal jika beliau tidak dapat hadir di mahkamah esok, supaya saksi tidak perlu datang ke mahkamah.

Terdahulu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa 22 daripada 39 saksi pendakwaan hadir di mahkamah hari ini.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan.

Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.

Laporan perubatan dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu dan tidak tahu akibat daripada perbuatannnya.

Laporan yang disediakan oleh perunding forensik psikiatri Dr Rabaiah Mohd Salleh, bagaimanapun menyebut bahawa keadaan mental Muhdalena kini stabil dan dia cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah - Bernama
Amanat Hadi: Menilai dengan adil
Jumaat, Januari 04, 2013 | Author: Tuk Kiyai
ISU amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkit menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih dari 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja. Kedua belah pihak; kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan’ kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian. Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?!

Amanat

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

Saudara-saudara sekalian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Adil

Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.

Amanat Hj Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Datuk Seri Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang-orang Pas sendiri. Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang Pas mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-Pas juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan.

Saya sendiri pernah berjumpa orang-orang Pas yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular’ dan seumpamanya. Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa Pas, terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.

YB Dr Mujahid Yusuf iaitu seorang Ahli Parlimen Pas, tokoh reformis dalam Pas dan anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am Pas dalam bukunya ‘Menuju Pas Baru’ menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut: “Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam… penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga Pas diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini” (m/s 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).

 Mungkin Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh Pas yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam Pas mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.

Konteks

Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan Pas ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada 70an dan 80an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini. Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-rejim Arab yang sangat zalim dan khianat. Mereka juga biadab terhadap ALLAH da Rasul-Nya. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.

Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga Murshidul ‘Am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku “Du‘aah La Qudah” (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.

Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam erti kata lain menjadikan seseorang kafir. Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut: “Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad SAW. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini…”

Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang Pas ketika itu telah menggunakannya ketika secara ‘borong’ untuk mengkafirkan setiap penyokong Umno. Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama Pas yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.

Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, Umno pada era 70an dan 80an bukanlah seperti Umno hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam Umno belum berlaku ketika itu. Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang Pas dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas. Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum Umno dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan Pas mengkafirkan keseluruhan Umno, namun itulah realiti ketika itu. Sikap Umno ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu.

Pada masa tersebut kematangan Pas dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Haji Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini. Hari ini jika kita membaca YB Pas Dr Mujahid Yusof menulis dalam bukunya ‘Rejuvenasi Pas’, beliau membincangkan tajuk ‘Islam Dalam Kerangka Perlembagaan’, kita mendapati tokoh Pas ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam Pas.

Pas berubah

Pas hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk diri Haji Hadi sendiri. Jika Pas masih berpegang dengan Amanah lama DS Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan. Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan Pas sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kaca mata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.

Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang Pas yang mengkafirkan Umno maka Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.

Di samping Pas, jangan lupa dalam Umno juga ada yang ‘kaki pengkafir dan penyesat’ orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk Umno, ada yang menghukum akidah Menteri Besar Kelantan sesat bahkan kufur. Di Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat. Golongan ulama muda Umno amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik.

Media-media Umno juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang Pas lakukan dalam era 80an. Umno hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. Umno hari ini seakan menuju Pas era Amanat Haji Hadi.

Hentikan

Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh ALLAH’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

yeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut Majmu‘at al-Fatawa: “Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang daripada Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa”.

Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.

- Sumber: SinarHarian
VIDEO: Ust Azhar Idrus & Artis di Ambang 2013. Lawak lawak
Rabu, Januari 02, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Memo Kepada Agong Sekiranya Tiada Tindakan Terhadap Pendedahan Deepak
Jumaat, Disember 28, 2012 | Author: Tuk Kiyai

[selangorku] KUALA LUMPUR, 27 DIS : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengecam tindakan berdiam diri pihak berkuasa berhubung dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishin terhadap keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tegasnya, sikap Polis, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan Deepak membabitkan maruah Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mengharapkan dalam tempoh dua minggu semua pihak ini dapat memberikan rekasi kepada rakyat.

“Jika tidak, saya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat PAS di sini.

Dalam siri temuramahnya, Deepak mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.

SD pertama itu dikatakan mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
[VIDEO] Samseng Upahan Umno Serang dan Tampar Orang Tua
Khamis, Disember 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai

LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren - Selamatkan FELDA tempoh hari rujuk sini juga ~ Samseng Upahan Umno.
 
Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.

Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, ayam itek lembu dan kambeng supaya mereka semua tahu bahawa parti samseng Umno akan menghuru-harakan negara ini jika mereka dibiarkan terus memerintah.
Mahasiswa dilarang berpolitik, mahasiswa berpolitik ditangkap masuk penjara. Mat rempit, kutu berahak dan samseng pula yang Umno bela untuk berpolitik maka jadilah politik kurang ajar, politik samseng, politik pukul orang, politik baling cat dan sebagainya.

Mangsa Pertama Banjir di Terengganu
Rabu, Disember 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai