KUANTAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Fariz, bekas guru berusia 43 tahun berasal dari Marang, Terengganu.
Beliau juga dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan.
Anwar turut mengumumkan Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48, seorang jurutera, akan bertanding di Parlimen Bera.
Pada majlis pengumuman calon di sebuah hotel di sini semalam, Anwar menegaskan bahawa semua calon yang diumumkan itu perlu disokong sepenuhnya ahli-ahli parti berkenaan dan jika ada yang bertindak menjadi calon Bebas, mereka akan dipecat daripada parti.
Semalam, ketidaksepakatan parti PKR semakin jelas apabila Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Paya Besar. Turut mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Lepar.
Bekas Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, G. Ramponusamy juga dikatakan akan bertanding Bebas di Parlimen Indera Mahkota. Anwar menegaskan beliau telahpun mengumumkan sebelum ini bahawa Murnie Hidayah Anuar, 29, seorang peguam, sebagai calon parti itu di Paya Besar.
Manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, dan parlimen Kuantan ditandingi Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, penyandang kerusi parlimen itu. - Bernama -sinarharian
Fuhh..!! Senang sungguh kerja pembangkang sekarang neh... Usaha
melingkupkan Umno nampak gayanya lebih dimonopoli oleh orang dalam Umno
sendiri...
Banyak lagi pembongkaran akan dibuat lebih-lebih lagi pabila negara kita
semakin hampir ke pilihanraya neh, tunggu... Salah satunya adalah minit
mesyuarat bagaimana cara dan kaedah terbaik untuk Umno jahanamkan DS
Anwar yang dimulai dengan surah Alfatihah dan disudahi dengan Wal'As...
Haha... hepi membaca....
Minit Mesyuarat Kumpulan KHAS Untuk Hancurkan Anwar Dimana Sidek Baba Sebagai Timbalan Pengerusinya...
Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba
Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul,
bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah
seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita
teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama
Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan. Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi
Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan
mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan
program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba
Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan
dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah
berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang
agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan. Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog. Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari
bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen
dibubarkan.
Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan
Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis
telah dikenalpasti.
Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir
dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan
dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi
menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan
selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator
Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt.
Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim
akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB
Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti. Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr
Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang
kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh
dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa
dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En Osman Abdul Majid
En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk
membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat
dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan
pembayaran selesai.
En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan.
Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh
penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan
mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.
En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat.
Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri
ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan
memberi impak yang hebat.
En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di
negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur
dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat
isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media.
Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan
jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu
pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media
agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik
Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus. Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang
kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu
dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana
Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan
dunia Islam.
Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1) Lawatan ke Palestin
2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.
Raja Ariff Kamaruddin
YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara
Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan
berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang
Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka. YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan
saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang
boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan
keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk
minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan
hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.
YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum
India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu
ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas
hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan
Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.
3. Lain-lain hal
Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan
dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan
feedback dalam mesyauart yang akan datang.
Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013
Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk
rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan
Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.
Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir
bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh
Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr
Sidek. Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda
UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan.
Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku
pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong
Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa
berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku
mereka dari kumpulan kita.
Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal
terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti
bersama famili.
Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.
Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.
Selepas pengumuman terbaru oleh Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim malam
tadi, berikut merupakan senarai terkini calon-calon yang sudah disahkan
bertanding dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.
Anwar mengumumkan seorang jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin
Aina (gambar, baju kuning) diletakkan sebagai calon KEADILAN bagi
mempertahankan kerusi parlimen Merbok.
Pengumuman dibuat sendiri Anwar pada ceramah perdana Jelajah Merdeka
Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok kira-kira jam 11.10 malam tadi.
Penyandang kerusi itu, Rashid Din dijangka bertanding di salah satu kerusi DUN di Kedah.
Dalam pilihanraya umum lalu, Rashid memperoleh 25,541 undi, menewaskan
Tajul Urus Mat Zain yang juga ketua Umno bahagian yang mendapat 22,443
undi.
Dengan pengumuman Anwar, maka lengkap sudah kesemua calon KEADILAN yang akan bertanding di negeri ini kecuali parlimen Langkawi.
Bagi calon parlimen Kangar, ia masih dalam peringkat rundingan antara
PAS dan KEADILAN, walaupun dua nama sudah disenarai pendek iaitu Juanda
Jaya (KEADILAN) dan Baharuddin Ahmad (PAS).
Ia juga melibatkan perkembangan terbaru di Kelantan di mana bekas ADUN
Bunut Payong, Takiyuddin Hassan kini dikatakan akan dicalonkan
bertanding di parlimen Kota Bharu menggantikan penyandang, Wan Abdul
Rahim Wan Abdullah.
Sekiranya perkembangan ini benar, Takiyudin dijangka akan menentang
calon Barisan Nasional (BN), Fatmi Che Salleh yang merupakan ketua Umno
bahagian.
Dalam perkembangan sama, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang
dijangka akan mengumumkan calon bagi kerusi parlimen Bakri dan Kulai
hari ini.
Bekas ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa dijangka kekal dicalonkan sekali
lagi manakala calon bagi kerusi parlimen Kulai dijangka akan diisi oleh
penyelaras kempen DAP negeri, Yeo Tung Siong.
Sementara kerusi parlimen Seputeh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
menyaksikan penyandangnya, Teresa Kok Suh Sim bakal digantikan dengan
pengarah MERAP, Ong Kian Ming kerana DAP meminta Teresa yang juga bos
DAP Selangor kekal di DUN Kinrara bagi menguatkan kedudukan parti itu di
negeri ini.
Inilah senarai calon Pakatan Rakyat terbaru setelah dikemaskini setakat jam 6.45 pagi tadi.
P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)
Kedah Darul Aman (15 kerusi)
P 004 - Langkawi - TBC
P 005 - Jerlun - TBC
P 006 - Kubang Pasu - TBC
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - TBC
P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)
Kelantan Darul Naim (14 kerusi)
P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - TBC
P 021 - Kota Bharu - Takiyuddin Hassan (PAS - bertukar dari DUN Bunut Payong - belum disahkan)
P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Dr Nik Saidina Nik Omar (PAS - belum disahkan)
P 028 - Pasir Puteh - TBC
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - TBC
Terengganu Darul Iman (8 kerusi)
P 033 - Besut - TBC
P 034 - Setiu - TBC
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS - belum disahkan)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - TBC
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - Azan Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Indera Mahkota - belum diumumkan)
Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)
P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - TBC
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Koay Teng Hai (DAP - bertukar dari DUN Pulau Tikus - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)
Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)
P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - TBC
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum disahkan)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - TBC
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - TBC
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - TBC
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan)
Pahang Darul Makmur (14 kerusi)
P 078 - Cameron Highlands - TBC
P 079 - Lipis - TBC
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP)
P 081 - Jerantut - TBC
P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN)
P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang)
P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN)
P 085 - Pekan - Mohamad Bukhairy Sofian (Gerakan Mahasiswa 13, dengan keizinan Pakatan Rakyat)
P 086 - Maran - TBC
P 087 - Kuala Krau - TBC
P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP)
P 090 - Bera - Zakaria Abdul Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 091 - Rompin - TBC
Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)
P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - TBC
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan)
P 095 - Tanjong Karang - TBC
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - TBC
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - TBC
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - TBC
P 113 - Sepang - TBC
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)
P 114 - Kepong - TBC
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (kekal bertanding di DUN Salor - belum diumumkan)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN - belum disahkan)
Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)
P 126 - Jelebu -TBC
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - John Fernandez (DAP - penyandang)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - TBC
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan)
P 133 - Tampin - TBC
Melaka Darul Azim (6 kerusi)
P 134 - Masjid Tanah - TBC
P 135 - Alor Gajah - TBC
P 136 - Tangga Batu - TBC
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - TBC
Johor Darul Takzim (26 kerusi)
P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN - belum disahkan)
P 141 - Sekijang - TBC
P 142 - Labis - TBC
P 143 - Pagoh -TBC
P 144 - Ledang - TBC
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang - belum diumumkan)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan)
P 148 - Ayer Hitam - TBC
P 149 - Sri Gading - TBC
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - TBC
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - TBC
P 155 - Tenggara - TBC
P 156 - Kota Tinggi - TBC
P 157 - Pengerang - TBC
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - TBC
Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)
P 167 - Kudat - Musalim Tanjul (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi (KEADILAN - belum disahkan)
P 170 - Tuaran - Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan)
P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir (KEADILAN - belum disahkan)
P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan)
P 175 - Papar - TBC
P 176 - Kimanis -TBC
P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 178 - Sipitang - TBC
P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN)
P 180 - Keningau - TBC
P 181 - Tenom - TBC
P 182 - Pensiangan - TBC
P 183 - Beluran - TBC
P 184 - Libaran - TBC
P 185 - Batu Sapi - TBC
P 186 - Sandakan - TBC
P 187 - Kinabatangan - TBC
P 188 - Silam - TBC
P 189 - Semporna - TBC
P 190 - Tawau - TBC
P 191 - Kalabakan - TBC
Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)
P 192 - Mas Gading - TBC
P 193 - Santubong - TBC
P 194 - Petra Jaya - TBC
P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa)
P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP - belum disahkan)
P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - TBC
P 200 - Batang Sadong - TBC
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - TBC
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - TBC
P 207 - Igan - TBC
P 208 - Sarikei - TBC
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - TBC
P 212 - Sibu - Alice Lau (DAP - belum disahkan)
P 213 - Mukah - TBC
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - TBC
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - TBC
P 218 - Sibuti - TBC
P 219 - Miri - TBC
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP)
Nota: Senarai ini belum muktamad melainkan sudah disahkan oleh
pemimpin tertinggi parti masing-masing. Jalan Pulang tidak
bertanggungjawab jika ada kesilapan kerana senarai ini dikemaskini dari
semasa ke semasa. Jika ada sebarang maklumat terbaru yang disahkan, sila
emel ke cheannst@gmail.com
GERIK - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta diberi tempoh 24 jam untuk berbincang dengan penyokongnya di Permatang Pauh sebelum memutuskan kerusi yang akan ditandingi di Perak. Dalam ucapannya sempena kunjungan ke Program Jelajah Merdeka Rakyat, Gerik, lewat malam tadi, beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak. "Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar) dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA). "Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau yang dijadualkan membuat pengumuman senarai penuh calon parti itu di negeri ini, bagaimanapun hanya mengumumkan lima calon kerusi Parlimen. Beliau yang tiba tepat jam 11.20 malam mengumumkan calon bagi kerusi Bagan Serai, Gopeng, Pasir Salak, Padang Rengas dan Lumut. - Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (Ketua AMK negeri) - Bagan Serai: Dr Muhamad Nur Manuty (Pengerusi PKR negeri) - Lumut: Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid - Gopeng: Dr Lee Boon Chye (Timbalan Pengerusi PKR negeri) - Pasir Salak: Mustafa Kamil Ayub (Pengarah Biro Latihan PKR pusat) Anwar yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di Lumut berkata, pemilihan Imran bertanding di Lumut adalah tepat atas latar belakangnya dalam TLDM sejak tahun 90-an. -sinarharian
PETALING JAYA: Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.
"Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. - BERNAMA
PETALING JAYA: Selepas lebih dua minggu Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri daripada aktiviti politik, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil bagi menjelaskan mengenai 'misteri kehilangannya'.
Beliau dijadualkan akan mengadakan sidang media pada Jumaat mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Johor serta kedudukannya sebagai Pengersui MPN negeri itu.
Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, Chua mengesahkan akan mengetuai sidang media berkenaan bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan sehingga beliau menemui media pada Jumaat.
Adalah difahamkan Chua akan kembali menerajui PKR negeri selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya 'memujuk' bekas naib presiden MCA itu dengan dijanjikan kerusi untuk beliau bertanding.
Pada Rabu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan parti itu sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk ditandingi Chua.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (Khamis) bagi memuktamadkan senarai agihan kerusi serta menyelesaikan isu pertindihan kerusi antara komponen mereka iaitu PKR, PAS dan DAP.
Chua dilaporkan 'menghilangkan' diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pada 18 Mac lalu akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dilobinya (Chua) sebelum ini.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat turut berharap untuk bertanding semula di kerusi yang pernah disandangnya itu atau kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.
Sebelum Lim mengumumkan hasratnya, ketegangan antara pakatan pembangkang lebih awal berlaku antara Chua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou apabila kedua-duanya bertelagah merebut kerusi Gelang Patah untuk parti masing-masing.
Selepas 'kehilangan' Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi.
Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.
Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.
Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.
Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.
Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.
Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.
Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu.
Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.
Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.
Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.
Jaringan pangkalan kuasa
Kepimpinannya ini bukan sahaja untuk mengejutkan Umno atau BN tetapi juga membariskan kembali parti tersebut setanding dengan sekutu-sekutunya, DAP dan PKR, khususnya di Perak.
Selain pembakar semangat jentera parti, dengan kehadiran fizikal Anwar di negeri itu, PKR akan dipayungi satu tokoh besar Melayu yang berupaya mengimbangi DAP dan sekali gus "mencuri" undi penyokong-penyokong tradisi Umno.
Dalam konteks feudalisme pengundi Melayu, ketokohan dan karisma Anwar diharap-harapkan meluaskan jaringan pengaruh parti baru itu dengan lebih pantas.
Apatah lagi PKR, dan Anwar juga, bermain politik bukan dalam konteks organisasi massa berstruktur ketat seumpama PAS atau Umno.
Tidak jauh bezanya dengan hubungan DAP dan pengundi Cina di kota-kota, PKR sejak awal penubuhannya banyak bermain atas sokongan popular sentimen awam dalam isu panas di media bersama karisma pemimpin-pemimpinnya.
Dalam bahasa mudah, pangkalan sokongan PKR jauh lebih besar daripada jumlah keahliannya dan struktur rasmi parti.
Mereka ini "orang PKR" tetapi bukan ahli parti dan mereka berada di mana-mana sahaja bersandarkan kehangatan isu, publisiti media dan populariti pemimpinnya.
Mereka tidak perlukan struktur atau indoktrinasi parti tetapi sedia bersama parti selagi sandaran-sandarannya itu sentiasa hangat dan menggelegak.
Salah satu ukuran pangkalan kuasa ini dapat dinilai daripada jumlah undi yang diperolehi berbanding ahli rasmi dan jentera parti.
Berada terus-menerus dalam liputan media, seperti yang dilalui Anwar, akan menghidupkan jaringan pangkalan kuasa ini.
3 masalah Pakatan
Namun atas sifatnya yang bebas dan longgar, pangkalan ini perlu tokoh besar sebagai pembangkit cas elektrostatik.
Dalam situasi seumpama ini, kehadiran Anwar diharap-harapkan akan dapat menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga kerajaan Pakatan tumbang pada awal 2009.
Insiden ini, dan siri lompat parti kemudiannya, cukup memalukan Anwar di depan mata awam serta Pakatan sehingga tertonjol PKR "tidak serius" menyongsong idealisme perjuangannya.
Pendek kata Anwar berharap beliau dapat meraih beberapa manfaat besar di Perak dengan mengambil risiko baru berbanding terus berlubuk di kerusi tradisinya sejak 1982.
Risiko inilah yang sedang ditimbang-timbangkan Anwar dan PKR. Sehingga pagi ini, parti tersebut belum sedia mengesahkan kerusinya seperti juga kedudukan Wan Azizah Wan Ismail yang kekal tanda tanya di Selangor.
Berbanding gelombang anti-BN pada 2008, pilihan raya umum kali ini hadir bersama risiko lain.
Tiga daripadanya -- kontroversi peribadi Anwar, prestasi negeri-negeri Pakatan dan dominasi "Cina" dalam kerjasama itu bersama isu-isu kaum dan agama yang membelah Melayu di satu sisi serta bukan Melayu di sisi lain.
Pengundi Pakatan lima tahun lalu, khususnya yang tidak tegar, tentu mengambil kira tiga faktor ini dalam pertimbangan undi mereka.
Sama ada ia wajar atau tidak, diselewengkan atau sebaliknya, pemaparan buruk tiga isu ini di media-media arus perdana tentu berbekas di fikiran pengundi, khususnya Melayu, sasaran yang ingin dibujuk Anwar dalam pakej perpindahannya ke Perak.
Namun, Pulau Pinang sendiri bukanlah negeri yang sudah selesai. Ia datang bersama sejumlah tanggapan dan masalahnya sendiri -- satu tarikan lain yang menyukarkan Anwar menerpa ke Perak semudah Lim terjun ke Johor. -malaysiakini
KUALA LUMPUR 3 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful Bukhari Azlan) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga.
“Ini penting. Ia memberi isyarat jelas kepada rakyat betapa pejabat Perdana Menteri terlibat dalam dalam hal itu,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera, petang ini.
Wawancara empat minit secara langsung bermula jam 6.10 petang itu bersempena pembubaran Parlimen hari ini.
Beliau menjawab demikian mengenai kemungkinan kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Menyatakan kedua-dua kes fitnah itu dimenanginya di mahkamah, Anwar berkata, perbuatan itu direka orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berasa tergugat atau takut, lalu cuba membuat konspirasi.
Beliau sekaligus menolak tanggapan kononnya kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan, malah percaya ia sebaliknya.
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijadual berlangsung waktu terdekat susulan pembubaran Parlimen hari ini.
Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.
"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.
Anwar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan sehari esok bagi mengelakkan salah faham di kalangan penyokongnya di Permatang Pauh.
Sambil menekankan Pulau Pinang adalah kubu kuat Pakatan Rakyat, Anwar berkata, beliau yakin dengan sokongan rakyat yang diberikan sejak dahulu akan diteruskan.
Dua minggu lalu, Anwar berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding sama ada di Perak ataupun Selangor.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau akan memulakan 'pembujukan' ke atas rakyat di kawasan Parlimen yang memberi kemenangan kepadanya sepanjang tiga dekad lalu untuk 'pergi' ke Perak.
Beliau juga menyatakan keyakinan terhadap penerimaan rakyat dengan alasan yang diberikan dan percaya akan terus diberi sokongan walaupun akan bertanding di tempat lain.
"Saya akan pujuk mereka, saya percaya mereka akan faham dan melepaskan saya," katanya lagi.
Anwar yang tidak bertanding pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, kembali menjadi wakil rakyat kawasan itu menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008. Beliau mengekalkan kerusi itu sehingga 1999. -sinarharian
Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik dalam
laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk
filem ini,” kata pengarah, Kabir Bhatia mengenai satu adegan panas
dalam filem barunya, Sembunyi: Amukan Azazil.
Menurutnya, adegan panas membabitkan pelakon Remy Ishak bersama
Diana Danielle sebagai pelakon utama melakonkan aksi ranjang di atas
katil sudah dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia dimuat
naik dalam laman YouTube sejak 30 Mac lalu.
“Tiada
perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB)
sebelum ini mengenai ‘trailer’ adegan itu. Saya fikir ia keputusan
produksi terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kabir berkata, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal
selepas melihat terdapat filem tempatan lain yang menyelit adegan
seperti itu diluluskan untuk tayangan.
“Apa yang ingin saya
gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen
seksual. Sebaliknya, menyampaikan cerita dalam konsep artistik,”
katanya.
Dalam ‘trailer’ filem ini mengambil durasi selama
seminit turut dinyatakan ia adegan dipotong. Namun, apa yang menjadi
persoalan adegan panas itu tetap dimuat naik dan dipertontonkan pada
khalayak.
Sebagai produser dan pengarah, Kabir tidak menjangka sama ada filem
baru ini yang ditayangkan sejak 28 Mac itu mendapat sambutan baik
penonton atau sebaliknya.
Filem genre seram ini turut
dijayakan Umie Aida, Sharnaaz Ahmad dan Emelda Rosmila sebelum ini
ditangguhkan tayangan sepatutnya pada Oktober tahun lalu atas faktor
strategi perniagaan. -hmetro
LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.
Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.
Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam. Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka. Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks. Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam. “Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. “Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. “Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing. “Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman. -sinarharian
Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.
“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.
“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.
Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.
“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?
“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang. -keadilandaily

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.