Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Wakil Rakyat umno diikat perompak

Label:

Saya petik:
[BH] IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan isteri bersama anak lelakinya diikat setengah jam oleh tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Taman Wang Setia, Tanjung Malim, kira-kira 120 kilometer dari sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mohd Khusairi bersama keluarganya sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum kediamannya dimasuki penceroboh dipercayai warga Indonesia melalui pintu balkoni tingkat berkenaan.

Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng melompat di atas katil ketika beliau dan isteri sedang nyenyak tidur sebelum mengejutkannya supaya bangun.
“Pada masa itu, seorang daripada suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi arahan supaya tidak membuat bising. Kemudian saya dan isteri diikat sebelum seorang daripada penjenayah itu ke bilik anak lelaki saya yang terletak bersebelahan dan mengikatnya pada tiang katil.

“Tiga lagi anak saya berusia sembilan, 11 dan 13 tahun turut dikejutkan dari tidur dan diletakkan dalam bilik tidur saya. Mereka tidak diapa-apakan tetapi diugut supaya tidak membuat bising, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, selepas mengikat dan mengumpulkan semua ahli keluarganya, ketiga-tiga perompak berkenaan mula menggeledah rumah sebelum melarikan barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya.

“Ketiga-tiga penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri melalui pintu balkoni iaitu tempat sama mereka masuk. Ketika itu baru saya berjaya melepaskan ikatan dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 dan sehingga kini masih trauma terutama ketika waktu malam,” katanya.

Irma Hasmie Nikah Anak Datuk 1 Julai Ini

Label:

Saya petik:
[Mstar] SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan - AMK

Label:

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.
“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.

4 pelajar didakwa bunuh Zara, bapa

Label:

Saya petik:
[kosmo] PETALING JAYA – Kekasih kepada seorang pensyarah kolej swasta yang ditemui mati dibunuh bersama bapanya di Puchong dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama tiga lagi rakannya atas dua tuduhan membunuh.

Tertuduh Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, dan tiga lagi rakan, Mohamad Sharafee Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, kelihatan tenang dan hanya menjawab mereka faham, semasa ditanya berhubung tuduhan tersebut.

Namun tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh yang merupakan pelajar di kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur tempat mangsa mengajar.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, juga orang kelainan upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac lalu.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa membunuh bapa Zara, Omar Peter Abdullah, 57, di antara pukul 11.30 malam, 8 Mac lalu hingga pukul 1.30 pagi, 9 Mac lalu di rumah sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes itu bagi menunggu laporan bedah siasat serta untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Tiada jaminan ditawarkan dan kesemua tertuduh ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu kes dibicarakan.

Ahli keluarga mangsa dan juga kesemua tertuduh tidak kelihatan di mahkamah semalam.

[VIDEO] Azmin Ali dedah salah guna kuasa pejuang Islam Hasan Ali

Label:

Saya petik:
[GB] Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.

Berita GEMBIRA untuk peminjam PTPTN dari DS Anwar

Label:

Saya petik:
PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar
[KD] PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

Kakitangan perubatan lakukan SEKS ORAL dengan pesakit

Label:

Saya petik:
[SH] PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

Label:

Saya petik:
[MK] Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Rupa-rupanya anggota polis yang larikan gadis ini...

Label:

Saya petik:
[BH] KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga.

Gadis yang hilang pada Isnin lepas rupa-rupanya ikut suami orang

Label:

DI lokasi berhampiran kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas, Kuantan inilah Nornabila ditemui malam kelmarin.
 
Saya petik:
[kosmo] KUANTAN – Seorang gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Koperasi, Jerantut pada Isnin lalu ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai hilang kerana mengikut kekasihnya yang sudah beristeri sehingga ke Kuantan ditemui oleh keluarganya pada pukul 10 malam.

“Ibu pelajar terbabit sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.

“Keluarga Nornabila dari Jerantut pergi ke Kuantan dan menemui remaja itu berhampiran kedai 7-Eleven di Taman Tas selepas dihantar ke situ oleh teman lelakinya,” kata beliau di sini semalam.

Jarak antara rumah remaja itu dengan lokasi dia ditemui ialah kira-kira 163 kilometer.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, pelajar terbabit pernah hilang dari rumah sebelum ini bersama lelaki sama yang berusia 20-an.

Akhbar semalam melaporkan Nornabila atau lebih mesra dipanggil Kakak didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Nor Syazwani Mazlan, 15, pada pukul 8.30 malam Isnin lalu.

Anwar Terima Tawaran Wikileaks Debat Dengan Najib, Raja Petra. Beranikah Najib?

Label:

Saya petik:
[mstar] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan pengendali portal Malaysia Today, Raja PetraKamaruddin menerusi debat terbuka yang disiarkan diperingkat antarabangsa.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau sedia menerima cadangan Pengasas Wikileaks, Julian Assange untuk menemukan beliau bersama Najib dan Raja Petra sama ada secara langsung atau menerusi sidang video di tempat berasingan.

Menurut Anwar, beliau menerima tawaran daripada Assange untuk dipertemukan dalam debat berkenaan pada Rabu malam.

"Julian Assange hubungi supaya saya, Datuk Seri Najib, Raja Petra dipertemukan dalam debat...beliau sanggup anjur debat dengan Assange sendiri jadi penganjur.

"Ia bukan sahaja untuk nasional, tapi antarabangsa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Ditanya mengenai format debat yang dicadangkan, Anwar berkata: "Assange akan beradan di London, kami tak perlu berada diLondon...hanya sidang video.

"Saya tak berkira sangat soal format, satu tempat boleh...tiga tempat pun boleh," katanya.

Sebelum ini Anwar pernah menolak untuk menyertai wawancara yang dianjurkan Wikileaks setelah Raja Petra mahu menyertai wawancara yang sama.

Kemudiannya pihak produksi wawancara itu membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.

Baru-baru ini media melaporkan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isupolitik semasa di negara ini.

Isu amah: Siapa yang BOHONG? Malaysia atau Indonesia?

Label:

Saya petik:
 Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700

[SH] KUALA LUMPUR - Dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu, demikian dakwa pegawai Kedutaan Indonesia, hari ini.

Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu.

Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.

Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak.

"Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas.

"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah),” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan semalam.

Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu, Suryana berkata, beliau sendiri tidak faham dengan perkembangan.

Katanya, kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri.

"Sedangkan pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Reyna juga dilapor berkata, amah terbabit hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.

Reyna mengetuai Pasukan Petugas Khas di pihak Indonesia.

Kenyataan beliau itu mencetuskan polemik dengan Malaysia mempertahankan bahawa akan berpegang pada kandungan MoU yang dipersetujui bersama tahun lalu.

Malah, Malaysia menegaskan soal gaji minimum RM700 dan satu tugas tidak pernah dipersetujui, dan tidak timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru, antara lain memperuntukkan mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Reyna "tidak munasabah langsung."

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berkata, terpulang kepada Indonesia mahu menghormati atau tidak MoU berkenaan,

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak akan berbincang atau merangka semula MoU yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, tahun lalu.

Menjelaskan isu ini, Suryana berkata, antara perkara lain yang dipersetujui ialah gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas, pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah, satu hari kelepasan kerja (tidak kira hari, bergantung pada persetujuan bersama antara majikan dan pembantu rumah) serta majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji.

Menurut beliau lagi, langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak.

“Sedangkan, tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian.

"Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia.

“Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan ‘superwoman’.

“Misalnya menjaga orang tua yang sakit memerlukan perhatian menyeluruh termasuk membersihkan diri warga tua dan memberi ubat ataupun suntikan... jika mereka dibebani dengan urusan tugas yang lain, boleh menimbulkan masalah di kemudian hari,” jelas Suryana.

Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang dihantar ke Malaysia benar-benar berkemahiran dalam bidang pengkhususan ini, maka sebab itulah kerajaan Indonesia mewajibkan mereka untuk menjalani latihan selama 200 jam.

Indonesia sebelum ini melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia berikutan beberapa kejadian penderaan.

Pembekuan sementara itu ditarik balik pada 1 Disember lepas, susulan kesepakatan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali November lalu.

Indonesia sepatutnya memulakan penghantaran pembantu rumah ke negara ini mulai bulan ini. Bagaimanapun dianjak ke bulan depan.

Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja.

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi.

Lagi Gadis Dilaporkan Hilang Di Pahang

Label:

Saya petik:
[mstar] KUANTAN: Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.

"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini, malam Rabu.

Beliau berkata pihak polis masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, ibu remaja berkenaan, Norazlina Osman, 47, ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperasi, Jerantut berkata anak bongsunya itu keluar bersama seorang rakannya, Norsyazwani Mazlan, 15, dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 8 malam Isnin lepas.

"Sehingga 11.30 malam itu, Nornabila masih tidak pulang ke rumah, rakannya Norsyazwani ketika dihubungi memaklumkan yang dia telah menghantar Nornabila pulang sebelum itu," katanya.

Norazlina berkata usaha mencari Nornabila termasuk menghubungi telefon bimbitnya turut dilakukan tetapi gagal.

"Pada 8.04 pagi tadi, satu pesanan ringkas (SMS) telah dihantar daripada telefon bimbit anak saya memaklumkan yang Nornabila selamat," katanya.

Pada Ahad lepas, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun gadis yang dikatakan diculik itu sebenarnya mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. - BERNAMA

Gadis yang diculik dan dijumpai di Thailand adalah pengutip derma - dakwa jiran

Label:

Saya petik:
[kosmo] SHAH ALAM - Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar), 15, remaja yang dilaporkan hilang pada Januari lalu dan ditemui di Bangkok, Thailand baru-baru ini merupakan seorang pengutip derma di beberapa lokasi di sini.

Seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 47, mendakwa, dia pernah ternampak Nazatul mengutip derma di beberapa buah stesen minyak di Seksyen 9 di sini pada tahun lalu.

Dakwa Ahmad, remaja terbabit melakukan kerja itu antara pukul 5 petang hingga 10 malam dengan menunjukkan kad yang mempunyai logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sumbangan itu kononnya untuk disalurkan kepada Madrasah Ta'allimun Islam dan Sekolah Hafiz al-Quran Tanjumas di Thailand.

"Saya mengetahui kegiatan Nazatul ketika mengisi minyak di Seksyen 9 pada hujung tahun lalu. Saya ambil kad yang mempunyai logo MAIWP daripada Nazatul," kata Ahmad ketika ditemui di kawasan rumah Nazatul di sini semalam.

Dakwa Ahmad, Nazatul dihantar ke stesen-stesen minyak itu untuk meminta derma oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Selain di stesen-stesen minyak, Nazatul juga pernah dilihat mengutip derma di beberapa buah bank di Seksyen 9 di sini.

Jelas lelaki itu, sejak kad MAIWP itu dirampas, kelibat remaja itu tidak lagi kelihatan di Seksyen 9.

Menurut Ahmad, Nazatul mendakwa dia disuruh mengutip derma oleh seorang ketua yang tinggal di Ampang, Selangor.

"Saya juga pernah membuat panggilan telefon kepada lelaki yang didakwa Nazatul sebagai bos dan lelaki itu mengaku mengenali Nazatul tetapi enggan bercakap banyak," kata Ahmad.

Ahmad kemudian menyerahkan kad tersebut kepada MAIWP dan ternyata kad kutipan derma tersebut tidak sah.

Gadis malang dirogol tunang gara-gara mahu putuskan ikatan

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang.

Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang.

Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan.

Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi.

“Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya.

“Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.

Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini.

Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.

Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -hm
Wakil Rakyat umno diikat perompak
Isnin, Mac 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Sabtu, Mac 24, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mac 23, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mac 22, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mac 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai