Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

SIKAP, TINDAKAN UMNO LEBIH BURUK DARIPADA CHENG PENG - ANWAR

Label:

PENANTI, 31 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Cheng Peng yang sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat.

Tambahan lagi sekarang ini terlalu banyak isu dan skandal terpaksa dijawab oleh kepimpinan negara maka tiada jalan lain untuk beralih kepada isu kepulangan Cheng Peng untuk dijadikan sasaran.

"BN mainkan isu Cheng Peng untuk tingkatkan kemarahan rakyat tanpa mereka sedar tindakan merampas Perak dengan cara tidak beradab dan membelakangkan demokrasi lebih teruk daripada Cheng Peng," ujarnya ketika berceramah di Kubang Semang semalam.

BN hendak mainkan isu ini semata-mata untuk membangkitkan soal perkauman dan menimbulkan pandangan serong terhadap pembangkang yang menggangap isu ini sebagai isu kemanusiaan, katanya.

Menurut Anwar, jika BN sanggup meningkatkan kemarahan rakyat tentang isu Cheng Peng kenapa pada masa yang sama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pula mengadakan lawatan ke China yang merupakan 'bapa komunis'.

Sepatutnya isu Cheng Peng itu tidak dimainkan untuk tujuan itu kerana yang perlu ditangani segera ialah kembalikan hak kepada rakyat di Perak supaya kestabilan dibina semula demi pembangunan negeri dan rakyat, jelasnya.

"Bila keadaan di Perak tidak stabil macam mana pelabur nak datang. Siapa yang rugi bukan sahaja kerajaan malahan rakyat yang paling menderita," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menyentuh mengenai pengundian di Penanti Anwar berkata, beliau yakin rakyat N12 Penanti tidak berubah haluan sokongan pada Pakatan Rakyat kerana calon bebas tidak mempunyai agenda membantu rakyat sebaliknya suka-suka atau mencari publisiti murahan.

Justeru, semua petugas sama ada daripada KeADILan, PAS dan DAP harus menjalinkan usahasama yang lebih padu untuk memastikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.
(harakah online)

PENULIS TIDAK MAHU MENGIYA ATAU MENIDAKKAN TENTANG APA YANG DIPERKATAKAN OLEH KETUA PAKATAN RAKYAT ITU TETAPI PEMBACA BOLEH MENILAINYA DENGAN FAKTA YANG ADA....

Comment (1)

sdr.anuar , sebenarnya kuasa rakyat telah dikembalikan kepada rakyat tapi bukan kepada rakyat yg menyokong PR tapi BN . Ini sudah jelas sebelun kes ini ke mahkamah lg bilamana BN mendapat majoriti 3 ADUN . Semua rakyat faham congakan ini , mungkin caranya tidak sopan pada pandangan sdr anuar , tapi seandainya 916 berlaku sebagaimana mimpi sdr ,adakah caranya lebih halal atau sopan ? Rakyat lebih faham tindakan PR menggunakan isu lebih utk mendapat simpati , tapi rakyat jg sudah muak dengan cara sdr dan rakan2 yg lain utk menerajui kepimpinan negara . Jgn burukan UMNO atau samakan UMNO dgn kominis krn sdr juga tidak tinggalkan UMNO krn perjuangannya tapi sdr disingkirkan krn ingin menerajui UMNO dan Negara melalui cara yg hampir sama dgn 916

SIKAP, TINDAKAN UMNO LEBIH BURUK DARIPADA CHENG PENG - ANWAR
Ahad, Mei 31, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Ahad, Mei 31, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 31 Mei 2009 pada 7:59 PTG , org memali berkata...