Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KERAJAAN PERPADUAN: TAMPARAN BUAT HAJI HADI?

Label:

(Foto- malaysiakini)
Dalam sebuah akhbar online, Lim Guan Eng menyatakan bahawa kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan dengan Umno mengenai Kerajaan Perpaduan (KP) tahun lalu. Bagi Lim, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Baca lanjut di sini.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka. Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

Malah Lim berkata, "Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Bagi penulis kata-kata Lim itu sungguh menusuk kalbu Haji Hadi.

Lim berkata, sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno. Baca lanjut di sini.

Apakah maksud semua ini? Penulis melihat orang bukan Islam seolah-olah sudah ada rasa sangsi terhadap PAS dalam perkara ini. Apakah benar Kerajaan Perpaduan (dengan kerjasama umno) yang dibawa oleh Haji Hadi ini membawa kesejahteraan rakyat? Adakah tidak boleh Kerajaan Perpaduan ini direalisasikan oleh Pakatan Rakyat sahaja? Bagi penulis, PAS akan hilang kepercayaan rakyat sekiranya bekerjasama dengan umno untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Comments (0)

KERAJAAN PERPADUAN: TAMPARAN BUAT HAJI HADI?
Selasa, Jun 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Jun 09, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.