Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

TIADA SEBAB GURU DI MANEK URAI TIDAK UNDI PAS…

Label:

Bagi Tok Kiyai, dalam sebuah negara demokrasi, rakyat boleh memilih calon yang mereka suka dalam pilihanraya. Tak kisahlah calon tu calon kerajaan ke atau calon pembangkang. Itu hak mereka…

Setiap orang bebas berkempen untuk meraih sokongan agar mengundi parti pilihan mereka, sama ada PAS atau UMNO. Baca lanjut di sini.

Tok Kiyai teringat kata-kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam rancangan HUJAH di TV9 beberapa minggu lepas mengenai uniknya politik Kelantan.

Beliau menyatakan, dari segi politik, rakyat Kelantan terutamanya orang Islam lebih suka pada parti PAS kerana parti itu boleh menerangkan tentang hal-hal keagamaan (syurga neraka) dan boleh menjanjikan kebahagiaan selepas mati. Sejarah Kelantan juga menunjukkan negeri itu mempunyai tokoh pemimpin dalam kalangan ulama termasuklah Menteri Besar Kelantan sendiri.

Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Menteri Besar Pahang itu, Tok Kiyai merasakan tiada sebab rakyat Kelantan menolak PAS. Dunia dapat, kebahagiaan akhirat pun dapat insya Allah…

Kalau ada orang yang mengatakan Kelantan di bawah PAS mundur dari segi pembangunan, itu adalah tidak tepat malah Kelantan di bawah PAS akan lebih membangun sekiranya Kelantan tidak dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Buktinya dalam isu gas asli di Bachok, mengapakah kerajaan pusat membuat pendaratan gas tersebut di Songkla Thailand sedangkan Kelantan yang lebih dekat dan praktikal. Mengapakah berlaku sedemikian?

Kalau ada orang yang mengatakan rakyat Kelantan di bawah PAS miskin, mengapa pasaraya Tesco di Kota Bharu memperoleh RM1 juta tunai (bukan guna kredit kad)pada hari pembukaannya?

Dari segi kadar kemiskinan pula, Kelantan adalah ke empat terendah di Malaysia berbanding negeri yang diperintah BN.

Bagi Tok Kiyai rakyat Kelantan bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan yang dibuat mestilah tidak menghimpit dan meminggirkan rakyat setempat. Maksudnya rakyat sama-sama dapat merasai pembangunan tersebut, bukannya rakyat tersisih dan hanya mampu melihat sahaja pembangunan tersebut.

Dari segi pembangunan rohani, rakyat Kelantan begitu seronok dengan program-program yang diadakan oleh kerajaan PAS. Ceramah dan tazkirah agama sentiasa penuh dengan audien. Di Kota Bharu, Menteri Besar sendiri menyampaikan tazkirah agama pada setiap pagi Jumaat di samping penduduk setempat dapat berniaga kecil-kecilan. Kalau anda ingin mendengar tazkirah agama yang disampaikan oleh MB Kelantan, jemputlah ke Kelantan.

Comments (0)

TIADA SEBAB GURU DI MANEK URAI TIDAK UNDI PAS…
Rabu, Jun 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Jun 24, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.