(Foto-nst)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pelaksanaan dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai persamaan dan kesinambungan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin mengetahui adakah wujud persamaaan dan kaitan antara konsep Islam Hadhari dan 1Malaysia.
Jamil berkata, persamaan itu meliputi 10 prinsip dalam pelaksanaan dasar Islam Hadhari yang dekat dengan konsep 1Malaysia.
“Prinsip itu ialah keimanan kepada Allah, kerajaan adil dan amanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti serta pembelaan hak golongan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemuliharaan alam sekitar dan kekuatan pertahanan akhirnya melahirkan 1Malaysia di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.
Jamil juga menyangkal dakwaan Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mengatakan pelaksanaan dasar Islam Hadhari gagal dan tidak ada kesinambungan dengan konsep pemimpin selepasnya.
RENUNGAN PEMBACA
Islam hadhari siapa yang sebenarnya penulis kitab Islam hadhari,Beliau adalah seorang Ulama yang tidak pernah tinggal solat tahajud malam sehingga kini dan beliaulah penulis kitab Islam hadhari beliau mendapat ilham ini apabila saja selesai bersolat malam tetapi sayang beliau telah dipinggirkan ideanya yang ikhlas telah diciplak dan digunakan untuk kepentingan tertentu.Tujuan Islam Hadhari bukan untuk memperkasa,untuk tamadun,tetapi sebenarnya digunakan untuk membangunkan umat Islam melalui kaedah dan fomula AL Quran dan sunnah serta hadis hadis soheh.yang pentingnya jihad ikhlas.tapi hari ini Islam hadhari telah tersebar luas dan menyesatkan akidah umat kerana pemimpin tidak dapat menjelaskan dengan terperinci isi kandungan kitab tersebut.Yang boleh menhuraikan segala isi kandungan kitab tersebut adalah Ulama itu sendiri kerana dia yang mengetahui isi kandungan kitab itu.Kenapa pemimpin meminggirkan ulama mungkin kerana orang tua itu tidak mau kepentingan dihimpun ulama seluruh dunia pun tidak akan dapat untuk menghuraikanya kerana kunci pembuka segala gala nya ditangan ulama tersebut hanya mereka yang ikhlas dan jujur saja dapat menembusi isi kandungan kitab Islam Hadhari.dan akhirnya mereka yang mempermainkan kandungan kitab itu dibala oleh Allah swt kerana mereka cuba menyembunyikan kebenaran KALAM ALLAH SWT.amin.