Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PERDANA MENTERI MESTI BERANI MELAWAN RASISME

Label:

Oleh Zaid Ibrahim

Kira-kira sebulan yang lalu saya ditanya oleh seorang profesor Melayu apa sebabnya saya membuat ucapan pada bulan Februari tahun ini merayu supaya DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Pak Lah. Saya memberitahu profesor ini bahawa saya berpendapat Najib bukanlah orangnya yang boleh menyelamatkan Malaysia; malah di bawah pemerintahan Najib akan bermulanya keruntuhan Malaysia yang kita sayangi ini.

Itu sebabnya saya cadangkan supaya orang lain yang dipilih. Biasalah, ramai pendekar UMNO yang marah dan melenting, dan ada yang kata saya ini bodoh dan jahat.

Saya sedar UMNO parti terbesar dalam Parlimen, maka Perdana Menteri mestilah datangnya dari UMNO. Tapi ia tidak semestinya Najib. Saya berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat dari Gua Musang, lebih sesuai menjadi Perdana Menteri. Buat masa ini, dia sahajalah Ahli Parlimen UMNO yang paling kanan yang tidak perkauman atau tidak rasis (racist). Hanya Perdana Menteri Melayu yang tidak rasis sahaja boleh menyelamatkan negara ini.

Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismenya; memang pejuang Melayu yang tulen tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu. Dia boleh mengatasi isu rumit tanpa mengapi-apikan rasa perkauman atau menggunakan kekerasan. Dia tidak akan menggunakan polis dan SPRM untuk menjatuhkan musuh politiknya. Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar. Isterinya pula tidak akan rasa tersinggung kalau gambarnya tak keluar dalam akhbar.

Tapi sayang sekali, Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO. Bagi saya, UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang diperjuangkan oleh Ku Li dahulu. Mungkin lebih baik rasanya kalau Ku Li pertimbangkan untuk sertai Parti Keadilan Rakyat.

Kebanyakan wakil rakyat dan pemimpin UMNO tidak tahu membezakan tanggung jawab nasionalisme daripada pemikiran fasis dan rasis. Sebab itu mereka tidak boleh menyelesaikan masalah negara atau pun menyelamatkan Malaysia. Sebab itu akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sering mencerminkan pemikiran jahat yang membenci kaum daan agama lain. Sememangnya mereka tidak ada minat dan hasrat untuk meniliti dan menilai satu-satu masalah secara objektif dan rasional. Yang mereka tahu hanya mengapi-apikan perasaan perkauman.

Rasisme adalah ideology usang, primitif, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rasisme telah dan akan memuntahkan sesuatu yang buruk dan busuk dari dalam diri kita, iaitu rasa benci yang meluap-luap kepad kaum tertentu;; mungkin jiran kita sendiri. Apabila kita membenci, ia mengabui pertimbangan kita, menghalang kemampuan kita untuk mencari penyelesaian, dan ia akan menghancurkan segala nilai-nilai murni.

Bagaimana kita akan hidup berharmoni sebagai satu masyarakat jika kebencian menjadi pegangan dan amalan kita? Tidak masuk akal sama sekali apabila ada pemimpin UMNO serta media suruhan mereka yang sanggup menyifatkan kesedihan dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kematian Teoh Beng Hock yang berada dalam siasatan SPRM sebagai satu tindakan politik. Malah mereka turut menyifatkan rasa pilu rakyat sebagai mempersoalkan institusi Melayu! Sejak bila pula SPRM menjadi institusi untuk orang Melayu sahaja? Inilah racun perkauman yang telah menyerap ke dalam otak para pemimpin UMNO dan media yang mereka kuasai.

Perdana Menteri yang ghairah dengan slogan 1Malaysia yang kononnya mahu rakyat Malaysia hidup berharmoni tanpa mengira kaum dan agama hanya diam membisu dalam hal ini. Dia tak berani nak tegur kenyataan-kenyataan rasis yang keluar dari mulut orang-orang di bawahnya.

Saya harap orang Melayu tidak mudah tertipu dengan racun perkauman ini. Melayu adalah bangsa yang mulia dan bertanggungjawab. Melayu bangga dengan nilai-nilai murni Islam yang memandang hina terhadap perkauman. Kita tahu membezakan di antara jahat dan baik. Kita patut mampu memimpin dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa perkauman. Kaum tidak sepatutnya menjadi perhitungan sama sekali. Hanya bila orang Melayu dan pemimpin tertinggi Melayu menolak perkauman dan pemikiran fasis, baru Malaysia boleh selamat dan semua kaum selamat. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti menolak perkauman dan fasisme. Itulah sahaja yang boleh menjamin masa depan negara.

SUMBER:http://myzaidibrahim.wordpress.com

Comments (0)

PERDANA MENTERI MESTI BERANI MELAWAN RASISME
Khamis, Julai 23, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Khamis, Julai 23, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.