Utusan Meloya hari ini melaporkan bahawa sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais berkata, "Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."
Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[KOMEN: Tok Kiyai minta Dr Rais Yatim nyatakan pihak yang mengupah anak-anak muda ini. Nyatakan jumlahnya berapa ringgit, RM 50, RM100? Jangan pandai tuduh sahaja. Anda sanggup ke berdemo, kena gas pemedih mata, kena bermalam di lokap semata-mata kerana wang?
Nak alih isu kes liwat Anwar? Aduh, ada juga manusia yang bertaraf menteri boleh bercakap begitu. Kes Anwar dengan demostrasi mansuhkan ISA tidak ada kaitan langsung!! Demo anti-ISA adalah untuk mendesak kerajaan menghapuskan akta yang zalim itu kerana menahan seseorang tanpa bicara.]
Comments (0)
Catat Ulasan