Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam semalam membatalkan tanpa kos semakan kehakiman difailkan Dr Shaaribuu, bapa kepada Altantuya Shaaribuu.
Keputusan dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman selepas Dr Sharibuu menarik balik permohonan semakan ke atas keputusan peguam negara yang tidak membuat rayuan atas pembebasan Abdul Razak Baginda tahun lalu.
Dr Shaaribuu memaklumkan pendiriannya melalui email yang dihantar kepada peguam Karpal Singh pada 25 Ogos lalu. Permohonan semakan semula keputusan pendakwa raya yang tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya difailkan Dr Shaaribuu pada 24 Disember tahun lalu. Permohonan yang difailkan peguam Karpal Singh menamakan Abdul Ghani Patail dan Abdul Razak Baginda sebagai respondan.
Tok...yang nak lompat tu pun tak mengaku Zambry MB Perak...Duit Kerajaan Pusat je yang running le ni..kata dia le..
30 & 29...
PR ada mijoriti 1 ADUN...sapa lebih dia le MB agaknye...entah le teman pun pening!!!!
Pastu ada EXCO kaut keuntugan daripada kerja HARAM...Jangan percaya teman!!!