Semalam Dato Seri Nizar menegaskan bahawa Adun-adun Pakatan Rakyat (PR) akan tetap mengadakan sidang DUN pada hari ini. Keputusan ini telah dicapai sebagai memenuhi peraturan Dewan yang mana dalam masa enam bulan sidang DUN itu seharusnya dibuat.
Beliau juga menekankan bahawa Adun-Adun PR yang akan hadir adalah merupakan satu kehadiran yang tenang dan aman. Mereka akan bergerak ke Bangunan SUK dan cuba masuk agar persidangan Dewan dapat diadakan dan Beliau menyatakan bahawa usaha itu dilakukan kerana PR mahu mempertahankan hujah mereka dan mempertahankan hak mereka sebagai ADUN yang mana kemasukan mereka ke dalam dewan sepatutnya tidak boleh dihalang.
Namun begitu jika segala usaha untuk memasuki dewan gagal, beliau telah menyatakan untuk mereka berundur secara aman dan tenang dan berkumpul di lokasi lain bagi meneruskan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.Walau apa pun yang berlaku hari ini sidang DUN akan tetap dijalankan.
Beliau juga mengingatkan kepada semua supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi bagi melancarkan perjalanan sidang Dun pagi nanti. Sekiranya berlaku sebarang provokasi diminta agar rakyat mengawal diri dan tidak membalas sebarang mainan provokasi jika ia tercetus hari ini.
Comments (0)
Catat Ulasan