Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan yang mengatakan beliau mungkin dilantik ke jawatan timbalan menteri dalam perubahan kecil beberapa kementerian tidak lama lagi sebagai khabar angin.
Ahli Parlimen penggal pertama dari Rembau itu berkata laporan yang terbit pada peringkat ini masih belum kukuh dan tidak perlu diberikan sebarang ulasan lagi.
“Itu khabar angin semata-mata, saya tidak mahu komen spekulasi,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Baru-baru ini portal berita, Malaysia-instinct.com memetik sumber yang mendakwa kononnya Khairy akan dilantik timbalan menteri jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda dalam Umno.
Dalam pembentukan Kabinet diumumkan April lalu Pergerakan Pemuda Umno menyaksikan dua wakilnya kecuali Khairy.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memberitahu, tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.
Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
SUMBER di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan