
Perhimpunan dan solat Hajat itu akan diadakan ekoran keengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974.
Program itu bermula dengan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Hajat yang akan diimamkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Antara program lain termasuklah penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan ceramah royalti minyak oleh Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
Pada November lalu, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Kerajaan Pusat akan membayar wang ehsan kepada Kelantan menggantikan royalti minyak mulai tahun ini.
Tuntutan royalti minyak diperjuangkan oleh kerajaan negeri mulai Julai lalu setelah Jabatan Perangkaan menyebut Kelantan antara negeri pengeluar petroleum sejak 2004.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.
Comments (0)
Catat Ulasan