KOTA BHARU - Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid adalah antara tiga responden yang diperintahkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 7 Mac depan.
Perintah tersebut dibuat atas alasan tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah yang membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.
Dalam perintah tersebut, isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, telah mendapat perintah hak giliran eksklusif bersama Sultan Kelantan selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul tujuh pagi sehingga Isnin waktu yang sama.
Bagaimanapun, perintah tersebut didakwa tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama iaitu Raja Perempuan Kelantan.
Hakim Mahkamah Syariah, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar mahkamah selepas mendengar permohonan interlokutori atau permohonan dalam permohonan oleh Elia Suhana bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini semalam.
SUMBER di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan