Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KES MB PERAK: SAAT PALING MEMALUKAN BUAT SISTEM KEHAKIMAN - LKS

Label:

PUTRAJAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan sebulat suara (5-0) oleh lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan di sini (semalam) mengenai siapa menteri besar Perak yang sah adalah saat yang paling memalukan buat sistem kehakiman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah tersebut yang mengisytihar Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang sah.

Lima hakim yang membuat keputusan itu ialah Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

V Sivakumar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diusung keluar dari DUN bagi mengosongkan kerusinya secara paksa berkata, "hanya DUN dan bukan sultan yang boleh menentukan siapa yang mempunyai majoriti."

Menteri Besar yang digulingkan, Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, "keputusan ini bermakna sultan boleh menyingkir menteri besar bila-bila masa, di mana sahaja."

Exco kanan Barisan Nasional (BN) Perak, Hamidah Osman berkata, "saya rasa bersyukur dan berharap keputusan ini dapat diterima oleh semua pihak."

Para penyokong BN bersorak ketika pemimpin-pemimpin mereka meninggalkan Mahkamah Persekutuan manakala para penyokong Pakatan Rakyat membalas dengan laungan "Tipu", "Rasuah", "Bubar DUN."

SUMBER di sini.

Comments (0)

KES MB PERAK: SAAT PALING MEMALUKAN BUAT SISTEM KEHAKIMAN - LKS
Rabu, Februari 10, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Februari 10, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.