Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PEMIMPIN INDONESIA DIGELAR KERBAU, PEMIMPIN MALAYSIA?

Label:

TOK KIYAI: Ha ha ha..... Bila marah, seseorang itu akan lakukan apa saja...Ada ketika, haiwan juga menjadi mangsa....Bila kerbau dilarang menyertai demonstrasi, maka tinggallah manusia dan jin berdemo.... Perkara ini pastinya akan berjangkit kat pemimpin Malaysia....

[KOSMO] Berang digelar besar dan bodoh seperti kerbau oleh sebahagian penunjuk perasaan, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan supaya kerbau dan haiwan lain dilarang dibawa dalam sebarang demonstrasi.
Bagaimanapun, bagi sesetengah rakyat Indonesia, tindakan drastik Susilo yang dikatakan gagal membanteras masalah rasuah itu menunjukkan bahawa beliau tidak dapat menerima kritikan.
Larangan itu dikeluarkan polis Jakarta berikutan terdapat penunjuk perasaan cuba untuk berarak melalui jalan-jalan utama di Jakarta bersama kerbau manakala tubuh badan haiwan tersebut dicat dengan nama Susilo.

"Mereka menyatakan saya seperti kerbau yang besar, bodoh dan lambat bergerak.

"Kenyataan itu memang tidak beretika dan bermoral. Penggunaan kerbau boleh menyalahi undang-undang lain misalnya trafik," kata Susilo.

Seorang anggota dari parti pembangkang Gerinda, Desmond Mahesa menganggap pengharaman itu sebagai reaksi berlebihan dan menunjukkan kelemahan kepimpinan presiden.

Namun, polis Jakarta menyatakan terdapat alasan kukuh untuk mengharamkan penyertaan kerbau dalam tunjuk perasaan iaitu keselamatan.

"Tidak ada jaminan bahawa penunjuk perasaan boleh menghalang kerbau daripada mengancam nyawa manusia jika haiwan itu marah," kata jurucakap polis Jakarta, Kolonel Boy Rafli Amar. - AP

Comments (0)

PEMIMPIN INDONESIA DIGELAR KERBAU, PEMIMPIN MALAYSIA?
Jumaat, Februari 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Februari 05, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.