KOTA BHARU: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk pihak pembangkang.
Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini, menurut sumber Harakahdaily.
Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini, menurut sumber Harakahdaily.
Adun Barisan Nasisonal – Kuala Balah, Aziz Derasid, antara yang bangkit dan berkata “sokong” ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.
Sementara itu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas berkata para pemimpin yang berasal dari negeri Kelantan, yang menafikan undang-undang tidak salah dianggap sebagai penderhaka.
Itulah yang berlaku kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Dato’ Dr Awang Adek Hussein, yang menafikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyak.
Bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pemimpin yang tidak jujur dan kurang amanah kepada negeri sendiri wajar sekali dianggap sebagai penderhaka.
“Bagi rakyat Kelantan yang cintakan keadilan tidak salah untuk melabelkan pemimpin yang siang malam menafikan hak royalti minyak sebagai penderhaka,” ujar beliau.
SUMBER di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan