Itu persoalan yang dilontarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihadapan kira-kira 700 pendengar di Padang Awam, Batang Kali, Hulu Selangor malam tadi.
Khalid berkata, warga Felda di Hulu Selangor perlu memilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim agar masalah yang mereka hadapi sejak 16 tahun lalu segera diselesaikan.
Menurutnya, umum mengetahui bahawa Zaid merupakan seorang peguam dan pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan berkaitan undang-undang di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, Zaid sudah pastinya mampu memperjuangkan hak sebenar peneroka Felda di Hulu Selangor, termasuklah masalah yang membelenggu Felda Sungai Buaya sejak tahun 1994 lagi.
“Kita memerlukan seorang Ahli Parlimen yang arif perihal perundangan agar kuat dan mampu memperjuangkan hak peneroka Felda di Hulu Selangor, seterusnya suara mereka di angkat di parlimen,” katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh hadirin malam tadi.
Khalid yang berucap dengan penuh semangat malam tadi turut mengkritik lakonan Presiden Umno, Najib Razak yang merasuah peneroka Felda RM50,000 pada petang Jumaat lalu yang disifatkannya sebagai penipuan semata-mata.
“Saya telah memberitahu kepada peneroka Felda Sungai Buaya bahawa jika Najib memberikan wang, ambil tetapi jangan sesekali menandatangani apa-apa perjanjian agar pisang tidak berbuah dua kali.
Peneroka harus ingat, hutang syarikat itu yang juga kroni Umno berhutang kira-kira RM 800,000 kepada setiap keluarga peneroka seramai 363 orang dan pemberian wang itu adalah hak anda dan anda berhak menerimanya namun jangan sesekali terlena dengan lakonan Najib,” katanya.
Difahamkan, kedatangan Najib ke Felda Sungai Buaya petang semalam adalah yang pertama sepanjang beliau menjadi ahli Umno.
Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Buaya, Saidin Busu berkata, amat jarang menteri melawat mereka sejak masalah itu berlarutan di era bekas Menteri Besar Umno, Muhammad Taib, termasuklah Najib sendiri.
Dalam lawatan itu, Najib memberikan tunai RM 1,000 kepada 100 peneroka di kawasan itu dengan baki RM49,000 wang itu kononnya akan diberikan dalam bentuk bank draf selepas hari pengundian.
Saidin menjelaskan, jumlah sebenar yang layak menerima wang itu bukan 100 orang tetapi 363 peneroka seperti mana perjanjian asal pada tahun 1994 yang disediakan sendiri oleh syarikat Murna Jaya, sebuah syarikat kroni Umno.
“Hutang sebenar syarikat Murana Jaya kepada kami ialah kira-kira RM800,000 seorang dan bukannya RM50,000,” katanya sambil menegaskan bahawa belum tentu janji Najib itu ditunaikan seperti mana lakonan para pemimpin BN sebelum ini.
-erapakatan
Comments (0)
Catat Ulasan