Label: politik
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan permainan politik Barisan Nasional terutamanya setiap kali pilihan raya kecil.
Mereka (BN) terlalu mudah untuk membeli jiwa rakyat dengan wang, kebangkitan rakyat pada kali ini menunjukkan mereka mempunyai maruah tanpa boleh dibelikan oleh sesiapa sahaja.
Ahli politik Veteran, Lim Kit Siang berkata demikian ketika mengulas kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen P.212 Sibu.
Beliau menasihatkan Perdana Menteri Dato; Seri Najib Razak mengambil iktibar atas kekalahan itu, bahawa Sarawak atau Sabah bukan 'fixed deposit' BN selama-lamanya.
Keputusan pilihanraya yang diumumkan agak lewat semalam, menunjukkan angin perubahan yang besar apabila calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng memenangi kerusi P212 Bandar Sibu dengan majoriti 398 undi.
Selain kemenangan pertama Pakatan Rakyat Sarawak, ia juga telah memberi kesan yang teruk kepada Barisan Nasional yang dianggap terlalu kuat di Sarawak.
Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata BN perlu sedar dengan mesej yang telah dihantar oleh rakyat Sibu, mereka sebenarnya telah muak dengan pemerintahan Barisan Nasional yang tidak ada pembelaan.
"Najib kena ingat rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi, kita kena bekerja dengan ikhlas kerana rakyat dimana letaknya keikhlasan perjuangan sebenar setiap parti yang bertanding. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah sedar mereka tidak mahu lagi di tipu oleh Barisan Nasional selama-lamanya," jelasnya.
Comments (0)
Catat Ulasan