Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CNN Nafi Anwar Bayar untuk Ditemubual, Umno Kian Terdesak Mencari Isu

Label:

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan Cable News Network (CNN) menafikan sekerasnya laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membayar penyiar antarabangsa itu untuk mengadakan sesi temubual dengan beliau awal bulan ini jelas menunjukkan Umno kini semakin terdesak sehingga terpaksa berbohong dan menipu rakyat.

"Pada saya pendedahan terkini oleh CNN secara jelas tunjukkan Umno berbohong dan tuduhan Anwar membayar kepada CNN adalah palsu.

"Bezanya kita dengan pemimpin Umno yang membayar kepada Jack Abramoff sebanyak RM3 juta untuk pertemuan dengan Mahathir dengan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan RM77 juta kepada Apco dalam usaha melobi pertemuan antara Najib dan Presiden Barack Obama.

"Perkara ini tidak perlu dilakukan Anwar, beliau mendapat sokongan padu dan sejati daripada masyarakat antarabangsa kerana mereka melihat Anwar sebagai pemimpin masa depan dan tokoh pemimpin dunia,"katanya.

Shamsul Iskandar turut menempelak pemimpin Umno yang disifatkan kini telah kehabisan modal sehingga membuat serangan bertali arus terhadap kredibilti Anwar Ibrahim.

"Ini tunjukkan kebodohan mereka di dalam politik, sebelum ini mereka gunakan kes liwat untuk menyerang Anwar dan sekarang mereka gunakan pula maklumat palsu dengan menuduh Anwar sebagai agen Zionis dan CIA. Perkara ini juga tunjukkan mereka semakin tertekan dengan menggunakan media milik kerajaan untuk serang tokoh pemimpin Keadilan," katanya yang menambah bahawa kredibiliti pemimpin Umno kini semakin tercalar..

Beliau menyifatkan tuduhan liar yang dilemparkan Utusan itu bukan sahaja berniat jahat, malah satu tindakan yang biadap dan telah mengkhianati perjuangan tokoh-tokoh Utusan terdahulu.

"Laporan Utusan bukan sahaja berniat jahat, tetapi satu laporan yang biadap. Utusan telah mengkhianati tokoh-tokoh wartawan terdahulu yang dipelopori Keris Mas, Usman Awang dan A Samad Ismail dengan mengkhianati amanah serta merendahkan taraf Utusan menjadi surat khabar picisan," ujarnya.

Sementara itu CNN dalam kenyataannya mengatakan laporan Utusan Malaysia itu jelas direkacipta.

“Cerita tentang CNN menerima bayaran dari sesiapa sahaja supaya Anwar Ibrahim muncul untuk 'Menghubungkan Dunia' adalah dengan jelas direka,” kata jurucakap CNN, yang berpengkalan di Hong Kong di mana rangkaian ibu pejabat Asia itu terletak.

“Ia merupakan satu bentuk gangguan dan tiada usaha telah dibuat untuk menghubungi kami secara bebas bagi mengesahkan tuduhan-tuduhan tidak berasas ini sebelum mereka melaporkan ia sebagai fakta.” katanya.

Akhbar rasmi milik Umno, Utusan Malaysia Jumaat lalu lalu menyiarkan berita berniat jahat dengan melaporkan Anwar telah dibayar oleh CNN.

Laporan itu merujuk Presiden Trevino Strategies dan Inc Media, Joshua Trevino, yang menulis dalam satu portal berita berpusat di Amerika Syarikat, The New Ledger yang Anwar membayar media yang dikenali, terutama CNN dan meyakinkan pelobi-pelobi Yahudi yang beliau bukan anti-Israel.

Berikutan laporan Utusan, pemimpin Umno membuat serangan terhadap Anwar dan menggesa siasatan dilakukan terhadap beliau.

Timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno menyatakan tindakan Anwar membayar kepada CNN menunjukkan Ketua Umum Keadilan itu semakin terdesak.

-suarakeadilan

Comments (0)

This entry was posted on Rabu, Julai 14, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.