Manusia boleh berinterkasi dengan makhluk asing seperti jin dengan cara-cara tertentu. Tetapi tidak semua manusia boleh melakukannya. Timbul persoalan, adakah wujud makhluk di angkasa lepas? Ya memang ada...mereka juga adalah makhluk Allah. Mungkin makhluk tersebut adalah golongan jin. Wallahu 'alam.
Saya petik:
[KS] KUALA LUMPUR - Jika terbukti wujudnya makhluk asing di angkasa lepas, bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, (gambar) bakal menjadi orang pertama akan berkomunikasi dengan entiti berkenaan.
Interaksi itu boleh dilakukan sekiranya hidupan lain di galaksi berjaya disahkan secara saintifik.
Tanggungjawab itu diberi kepada Mazlan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.
Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.
Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.
Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.
Jin dan syaitan adalah makhluk Allah yang wajib diyakini dan diimani kewujudannya.
Namun kewujudan keduanya adalah dalam bentuk Ghaibiyah, dimana mereka tidak dapat dikesan melalui pancaindera manusia. Bahkan mereka tidak dapat dikesan oleh alatan canggih. Keadaan ini sama dengan keimanan kita kepada syurga dan neraka.
Dakwaan boleh berinterksi atau berhubung dgn jin dan syaitan hanya dakwaan yang sepatutnya diragui. Biasanya dakwaan ini keluar daripada mereka yang mempunyai kepentingan tersendiri. Terdapat juga ahli agama dinegara ini yang membuat pelbagai dakwaan mengenai jin dan syaitan, namun hakikatnya dakwaan tersut tiada kaitan dgn agama Islam yang suci.
Tujuan sebenar adalah kebendaan dan mencari kemasyhuran.
Maka dakwaan beberapa penyakit yang di alami oleh pesakit disebabkan perbuatan jin dan syaitan, atau dakwaan mereka berkuasa menghalau jin dan syaitan merupakan sebahagian daripada penipuan dgn tujuan tertentu.
nampaknya tok bomoh tak boleh cari makan