Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Dirogol Selepas Solat. Memang Jantan Sial!!

Label:

(Gambar hiasan)

Geram betul selepas membaca berita di bawah. Mahu je bagi kayu hoki kat kepala. Jantan lahanat!!

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.

Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Comments (2)

salam.. subhanAllah
Dapat mamat tuh memang kena sekeh
bagus.. kasi pelajaran ini orang

p.s. next time pada sape2 yang nak beri
anak2 atau adik2 perempuan belajar dirumah kawan2
pastikan semuanya mesti selamat
dan terkawal

Memandangkan hukum Islam tidak dilaksanakan di Malaysia. Harap hakim yang mengendalikan kes ini memberikan hukuman sebat yang paling maksimum pada jantan sial ni.

Memandangkan juga hukum sebat syariah tidak dikuatkuasakan. Naknya penyebat tu, sebat dengan full capacity, sekali sebat terus hancur punggung sehingga perlu direhatkan atas nasihat perubatan. Biar lututnya lembik setiap kali nak sampai ke tempat sebatan.

Wajar disebat sedemikian kerana sanggup merogol orang yang baru selesai sembahyang.

Dirogol Selepas Solat. Memang Jantan Sial!!
Rabu, Oktober 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Oktober 13, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 13 Oktober 2010 pada 5:36 PTG , nurmisnan berkata...

salam.. subhanAllah
Dapat mamat tuh memang kena sekeh
bagus.. kasi pelajaran ini orang

p.s. next time pada sape2 yang nak beri
anak2 atau adik2 perempuan belajar dirumah kawan2
pastikan semuanya mesti selamat
dan terkawal

On 13 Oktober 2010 pada 8:55 PTG , Tanpa Nama berkata...