Kita mungkin tidak berasa pelik kalau perkara ini berlaku kepada orang bukan Islam tetapi kita berasa sedih dan geram jika ia berlaku di Malaysia kepada guru dan pelajar Islam. Guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak didik dengan akhlak yang mulia sebaliknya menjadikan pelajar sebagai pelepas nafsu bagi guru yang berjiwa kotor.
Saya petik:
[KS] FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam.
Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.
Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).
Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan seorang pelajar berumur 16 tahun.
Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.
Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.
Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu. - Agensi
salam
masih dalam siasatan dan suspek saje
kemungkinan cikgu ini
mangsa keadaan murid tersebut..
yalah .. zaman sekarang
budak2 makin berani buat statement palsu
kata cikgu nak buat tak senonoh
padahal dia dendam
coz dia tak suka cikgu tersebut...
agak saja... =)
cantik juga cikgu ni