SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan sehingga 3 Disember ini untuk Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memfailkan jawapan pembelaan yang difailkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disamannya selepas mendakwa wakil rakyat itu memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini.
Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur mengeluarkan perintah itu selepas prosiding dalam kamar oleh peguam M Athimulan yang mewakili Mohamad Khir dan peguam M Manoharan yang mewakili ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Pada 25 Oktober lalu, Mankiranjit menetapkan semalam tarikh bagi Mohamad Khir memberi penjelasan mengapa fitnah yang difailkan terhadap Suee Lim itu tidak boleh dibatalkan apabila beliau tidak mengambil sebarang tindakan selepas tujuh bulan wakil rakyat DAP itu memfailkan pembelaannya pada 26 Mac lalu.
Manoharan yang ditemui di luar mahkamah, berkata Mankiranjit menetapkan tarikh itu bagi Dr Mohamad Khir memfailkan jawapannya terhadap pembelaan yang difailkan Suee Lim.
Pada 7 Januari lalu, plaintif memfailkan saman fitnah yang tidak dinyatakan jumlahnya terhadap Suee Lim yang didakwa memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini, melalui artikel yang didakwa berbaur fitnah disiarkan akhbar The Star, bertarikh 7 Julai 2009.
Dalam tuntutan saman fitnah itu, Dr Mohamad Khir menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.
-BeritaHairan

Comments (0)
Catat Ulasan