Saya petik:
[SH] GELANG PATAH – Selepas berjaya memperdaya tiga wanita bersaudara, seorang bomoh mak nyah berusia 37 tahun bukan sahaja joli sakan dengan hasil penipuan bernilai RM105,000, malah sempat membeli sebuah kereta untuk kekasihnya.
Itulah yang didakwa salah seorang mangsa, Esah Yaakub, 59 kepada Sinar Harian yang memberitahu dirinya menemui bomoh berkenaan selepas dicadangkan sepupunya apabila penyakit yang dihidapi gagal diubati walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik.
“Makcik mengalami penyakit misteri selama dua bulan iaitu badan dan bahagian sendi terasa sakit seperti dihiris menggunakan pisau. Makcik kemudiannya mengambil keputusan menemui bomoh mak nyah berkenaan selepas doktor mengesahkan makcik tidak menghidapi apa-apa penyakit,” katanya dari Kampung Sungai Melayu, di sini.
Menurutnya, dia menemui bomoh terbabit setelah percaya dengan pendapat sepupunya untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
Esah berkata, selepas bertemu suspek dan menceritakan berhubung penyakitnya, bomoh berkenaan memaklumkan bahawa Esah terkena buatan orang yang mahu melihatnya lumpuh, sekali gus merampas kesemua barang kemas dan wang simpanannya secara ‘sedut’.
“Bomoh itu juga meminta saya menyerahkan semua barang kemas termasuk wang simpanan bagi proses pertapaan supaya tidak ‘disedut’ oleh orang yang berniat jahat, selain mengarahkan saya mandi limau dan tujuh jenis bunga putih yang telah dijampi,” katanya.
Selepas upacara berkenaan katanya, dia sering berulang-alik ke rumah bomoh terbabit untuk meminta kembali barang kemas yang diserahkan, namun bomoh itu memberi alasan bahawa ‘Pak Kiyai’ yang menjaga barangannya masih belum turun dari kayangan.
“Ketika itu, makcik tidak mengesyaki apa-apa dan datang kembali menemuinya seminggu selepas itu, namun dia memaklumkan barangan kemas dan wang yang diberikan kini dalam jagaan Puteri Mayang Mengurai,” katanya.
Beberapa hari kemudian, bomoh berkenaan datang ke rumah Esah dan memintanya menyerahkan baki barangan kemas yang dipakai, termasuk mengeluarkan wang simpanan di bank kerana mendakwa mangsa melanggar pantang.
“Makcik seperti dipukau kerana hanya menuruti permintaan bomoh itu meskipun suami dan anak-anak sudah mengesyaki seperti ada sesuatu yang tidak kena, namun makcik tidak mengendahkannya,” katanya.
Apabila penyakit Esah tidak juga sembuh, dia bersama beberapa anaknya ke rumah bomoh terbabit dan selepas didesak, bomoh itu menyerahkan satu bungkusan serta mendakwa semua barangan mangsa ada di dalamnya.
“Bomoh itu mengarahkan supaya bungkusan itu dibuka selepas sampai di rumah tetapi anak makcik bertindak merampasnya dan apabila melihat isi di dalamnya hanya terdapat beras termasuk kerongsang serta sebentuk cincin,” katanya.
Dakwanya, anaknya juga bertindak memaksa bomoh itu menyerahkan semula barangan yang diserahkan, namun bomoh terbabit mengakui telah menggadai semua barangan itu dan menggunakan wang untuk dijoli.
“Bomoh itu juga mengaku turut menipu sepupu dan ibu saudara makcik membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM78,000, manakala wang dan barang kemas makcik bernilai RM27,000 juga lesap,” dakwanya.
Berhubung kejadian itu, dua laporan polis dibuat secara berasingan di Balai Polis Tanjung Kupang di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes berkenaan masih di dalam siasatan.

Comments (0)
Catat Ulasan