Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[PANAS] Video seks Haji KJ: Umno Rembau buat aduan polis, cabar Chegubard tunjuk bukti ‘pita Haji KJ’

Label:

(Gambar YB Haji Khairy Jamaluddin (KJ)

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 April — Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika pilihan raya umum 2008.

Semalam, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.
“Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar.

Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah,” kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira  Abdullah dipetik http://n9kini.com.

Safariladira membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham di balai polis Chembong, Rembau lewat petang semalam.

“Pemuda Umno Rembau mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini. Laporan yang  dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia serta menjaga nama baik Umno itu sendiri,” kata Safariladira.

Laman itu memetik sumber melaporkan video palsu yang pernah disiarkan Badrul Hisham adalah video yang langsung tidak berkait dengan Khairy.

“Selain itu , Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu video seks isteri pemimpin Umno.

“Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) gagal membekalkan jam Omega pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara,” katanya lagi.

Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.
Badrul Hisham dalam kenyataannya semalam berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy.

“... tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam kenyataannya.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya.

Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”.

Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

p/s: Tak percayalah YB Haji KJ ada video seks yang dilakonkannya. Dia ni kan menantu kepada Bapa Islam hadari. Takkanlah dia buat perkara yang dikutuk oleh agama....

Comments (0)

This entry was posted on Jumaat, April 08, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.