Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

275 bawah umur mohon nikah

Label:

(Pasangan Muda- Siti Maryam Mahmood (berumur 15 tahun) dengan suaminya Abdul Manan Othman (24 tahun) yang menimbulkan kontroversi suatu ketika dulu)

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Sejumlah 275 permohonan nikah membabitkan remaja lelaki dan perempuan bawah umur difailkan di negeri ini sejak tiga tahun lalu, dengan lebih 90 peratus daripadanya membabitkan gadis berusia kurang 16 tahun.

Perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dilapor semakin meningkat sejak 2008 dan dikatakan ada kaitan dengan beberapa masalah termasuk peningkatan gejala sosial, kemudahan teknologi komunikasi seperti penggunaan laman sosial seperti Facebook dan kesempitan hidup.

Difahamkan, ada juga ibu bapa terpaksa membenarkan anak gadis bernikah bawah umur dan mengaku di depan Hakim Syarie mereka tidak mampu menjaga anak yang didakwa terlalu 'liar' dan menganggap pernikahan jalan terbaik bagi mengelak perkara tidak baik berlaku.

Sumber Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkata, sejumlah 75 permohonan kebenaran nikah bawah umur direkodkan sepanjang 2008 dan jumlah itu meningkat 35 peratus kepada 101 kes tahun lalu.

Katanya, ada juga kes membabitkan keluarga miskin di kawasan pedalaman menganggap tindakan mengahwinkan anak gadis mereka dengan orang berada, dianggap dapat memberi kehidupan lebih selesa kepada anak.

Malah, katanya, ada ibu bapa tidak sabar mengahwinkan anak gadis masing-masing sebaik mencecah usia 16 tahun, terutama jika anak itu sudah tidak mampu meneruskan persekolahan.

"Bagi keluarga miskin yang ada anak gadis berwajah cantik, akan dibenarkan kahwin jika ada pihak `meminta' walaupun mereka baru berusia 15 tahun. Kes ini banyak berlaku di Sik dan Baling.

"Justeru, ibu bapa menganggap lebih baik anak mereka dikahwinkan awal, kerana sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan keluarga, apatah lagi jika lelaki terbabit orang berada yang diyakini dapat memberi kehidupan lebih terjamin terhadap anak mereka," katanya.

Sementara itu, bagi anak gadis yang dianggap 'liar' pula, sumber itu berkata, perkahwinan dianggap jalan penyelesaian terbaik untuk membendung pergerakan mereka, sebelum terlambat.

"Walaupun dilihat seperti memperjudikan masa depan anak gadis, namun ramai ibu bapa menganggap ia risiko sanggup ditanggung, berbanding melepaskan anak bergaul bebas sehingga mengandung luar nikah," katanya.

Difahamkan, ada di kalangan remaja yang berkahwin muda mengaku di depan Hakim Syarie mereka berkenalan melalui laman sosial sebelum membuat keputusan bernikah bagi mengelak terlanjur.

"Apabila ditanya alasan mahu berkahwin awal, mereka memberi alasan tidak mahu melakukan dosa, selain mengakui pernikahan tidak menghalang mereka terus bersekolah," katanya.

Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, had umur minimum pasangan lelaki dibenarkan berkahwin ialah 18 tahun, manakala perempuan 16 tahun. Enakmen itu juga menyebut perkahwinan bawah umur hanya boleh dilakukan dengan kebenaran Hakim Syarie.

Sumber itu berkata, ada juga kes pasangan remaja bawah umur yang berkahwin, kembali ke Mahkamah Syariah untuk bercerai tidak sampai setahun perkahwinan kerana tiada persefahaman.

Comments (0)

275 bawah umur mohon nikah
Isnin, Jun 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Isnin, Jun 13, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.