Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video

Label:

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa. -KeadilanDaily

Comments (2)

Tindakan PRDM keatas himpunan BERSIH 9 Jul 2011 amat dikesali kerana dilihat tidak profesional.Sewaktu saya dlm tentera dulu, anggota tentera dilatih supaya menangani keadaan demikian dengan berpandukan beberapa prinsip diantaranya:1.Use of Minimum Force. 2.Without Punitive Intent. 3. Impartiality. Operasi ini dilaksanakan setelah crowd (penunjuk perasaan) menjadi ganas (violence). Dlm insiden pada 9 Jul tsb, kumpulan penunjuk perasaan tidak ganas. (ganas yg dimaksudkan disini adalah apabila tindakan penunjuk perasaan itu boleh mengancam keselamatan nyawa anggota keselamatan, orang lain ataupun memusnahkan hartabenda awam). Jelas sekali ini semua tidak berlaku. Kumpulan manusia ini bergerak secara aman..Jadi kenapa PRDM harus bertindak sedemikian?..Anda semua sila cari jawapannya sendiri,,ataupuN adakah setuju dgn jawapan ini..'ARAHAN PIHAK ATASAN' ??

True indeed that the police actions were with punitive intentions, not applying the principle of "use of minimum force" whereby a large quantity of tear gas grenades(apart from water cannons) were fired into the crowd and some were aimed directly onto the crowd which could cause serious injuries or even loss of lives! They acted more aggressively on "BERSIH" group as compared towards the "RED SHIRT" group.So the principle of "Impartiality" wae not exercised here. Agreed,."INI ARAHAN DARI ATAS..!!

Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video
Isnin, Ogos 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Ogos 01, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 1 Ogos 2011 pada 2:46 PTG , Tanpa Nama berkata...

Tindakan PRDM keatas himpunan BERSIH 9 Jul 2011 amat dikesali kerana dilihat tidak profesional.Sewaktu saya dlm tentera dulu, anggota tentera dilatih supaya menangani keadaan demikian dengan berpandukan beberapa prinsip diantaranya:1.Use of Minimum Force. 2.Without Punitive Intent. 3. Impartiality. Operasi ini dilaksanakan setelah crowd (penunjuk perasaan) menjadi ganas (violence). Dlm insiden pada 9 Jul tsb, kumpulan penunjuk perasaan tidak ganas. (ganas yg dimaksudkan disini adalah apabila tindakan penunjuk perasaan itu boleh mengancam keselamatan nyawa anggota keselamatan, orang lain ataupun memusnahkan hartabenda awam). Jelas sekali ini semua tidak berlaku. Kumpulan manusia ini bergerak secara aman..Jadi kenapa PRDM harus bertindak sedemikian?..Anda semua sila cari jawapannya sendiri,,ataupuN adakah setuju dgn jawapan ini..'ARAHAN PIHAK ATASAN' ??

On 1 Ogos 2011 pada 3:03 PTG , Tanpa Nama berkata...