Gambar hiasan
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin.
Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa meminta izin daripada suaminya untuk tidak pulang ke kampung berhari raya.
Menurut sumber, mangsa juga meminta izin suaminya untuk membenarkan empat anaknya beraya bersamanya.
“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya sebelum berlaku pertengkaran lebih 20 minit. “Gagal mengawal kemarahannya itu, suami mangsa mengugut mencederakannya jika dia dan empat anak tidak mengikutnya pulang ke kampung.
“Biarpun mangsa cuba memberikan penjelasan, suaminya yang hilang pertimbangan terus memukulnya lebih 10 minit,” katanya.
Sumber berkata, suami mangsa kemudian mengugut membunuh isterinya itu jika masih berkeras untuk tidak pulang ke kampung bersamanya.
“Suami mangsa kemudian keluar sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
lagi satu contoh kes bangsa melayu akin sakit mental !!
sama2 ler berpakat.. jangan berat sebelah..
Hari Raya sethun sekali..
bukan untuk beraya di Hospital nanti