Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

3 murid dikurung ketika UPSR. Mengapa?

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:
[BH] KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

Comments (3)

memang inilah wajah sebenar sistem pendidikan yg ada di negara ini, hasil dari nukilan pemerintah yg bonggok... Anak Bangsa dididik utk mendapat Ilmu... tapi niat mereka utk dapat nama, nak menunjuk2 kejayaan sekolah dan nak bermegah2 dgn pencapaia. Bukan nak melahirkan warga yg berilmu... Pemikiran dan kosep ini bukan hanya berlaku di Sarawak malah diseluruh negara. Jika ada seorang murid yg lemah pasti akan ada guru2 atau pengetua sendiri yg mengeluh keran disebabkan muraid ini sekolah rekod sekolah mereka alan tercemar. Dan murid ini akan dipandang sebagai punca tercemarnya nama sekolah. Bukan mereka sibuk nak fikir bagaimana nak terus mendidik murid tersebut... dan sebab itu berlaku dimana jabatan pendidikan sendiri tidak mengiktiraf usaha dan susah-payah guru2 dan pengetua sekolah yg cuba mengadakan program2 tambahan disekolah utk meningkatkan prestasi murid dgn tidak meluluskan dan tidak memberi peruntukan utk menyokong program tersebut sedangkan program itu tekah terbukti berkesan. Seban utamanya adalah kerana program itu bukan datang dari jabatan... mereka nak nama... sebab nanti boleh sebut "itu program jabatan" bila berjaya. Tapi bila gagal semua menikus dan tersengeh2 sebab dah dapat kebas peruntukan utk sekolah melaui program2 mengarut mereka... ini yg berlaku... Tak da sapa nak pantau... sebab mentri berkenaan pun bonggok... Kepincangan sana-sini.. jadi rakyat tunggu apa lagi... ayuh kita tunjuk kuasa rakyat adalah kuasa keramat... jatuhlan kera-jaan yg zalim dan sesat lagi menyesatkan ini.

Apa ke sebelnya cikgu besar buat tindakan begitu

Pihak Kementerian harus mengambil tindakan
tegas dgn mereka yang terlibat...

guru besar dalam dilema la abang.jgn marah cikgu

3 murid dikurung ketika UPSR. Mengapa?
Selasa, September 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, September 20, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 komen:

On 20 September 2011 pada 9:35 PG , otaklunyai berkata...

memang inilah wajah sebenar sistem pendidikan yg ada di negara ini, hasil dari nukilan pemerintah yg bonggok... Anak Bangsa dididik utk mendapat Ilmu... tapi niat mereka utk dapat nama, nak menunjuk2 kejayaan sekolah dan nak bermegah2 dgn pencapaia. Bukan nak melahirkan warga yg berilmu... Pemikiran dan kosep ini bukan hanya berlaku di Sarawak malah diseluruh negara. Jika ada seorang murid yg lemah pasti akan ada guru2 atau pengetua sendiri yg mengeluh keran disebabkan muraid ini sekolah rekod sekolah mereka alan tercemar. Dan murid ini akan dipandang sebagai punca tercemarnya nama sekolah. Bukan mereka sibuk nak fikir bagaimana nak terus mendidik murid tersebut... dan sebab itu berlaku dimana jabatan pendidikan sendiri tidak mengiktiraf usaha dan susah-payah guru2 dan pengetua sekolah yg cuba mengadakan program2 tambahan disekolah utk meningkatkan prestasi murid dgn tidak meluluskan dan tidak memberi peruntukan utk menyokong program tersebut sedangkan program itu tekah terbukti berkesan. Seban utamanya adalah kerana program itu bukan datang dari jabatan... mereka nak nama... sebab nanti boleh sebut "itu program jabatan" bila berjaya. Tapi bila gagal semua menikus dan tersengeh2 sebab dah dapat kebas peruntukan utk sekolah melaui program2 mengarut mereka... ini yg berlaku... Tak da sapa nak pantau... sebab mentri berkenaan pun bonggok... Kepincangan sana-sini.. jadi rakyat tunggu apa lagi... ayuh kita tunjuk kuasa rakyat adalah kuasa keramat... jatuhlan kera-jaan yg zalim dan sesat lagi menyesatkan ini.

On 20 September 2011 pada 9:51 PG , nurmisnan berkata...

Apa ke sebelnya cikgu besar buat tindakan begitu

Pihak Kementerian harus mengambil tindakan
tegas dgn mereka yang terlibat...

On 20 September 2011 pada 3:34 PTG , dukun berkata...