Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM

Label:

Saya petik:

[MK] NGO Jingga 13 yang dikaitkan dengan PKR, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Jingga 13, dalam satu kenyataan semalam, berkata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad telah membuat laporan tersebut.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) telah digunakan untuk pembelian satu unit berharga RM9.8 juta di projek berprestij One Menerung.

NGO itu berkata maklumat yang diperolehi itu menunjukkan bukti jelas berlaku pecah amanah.

Semalam, PKR mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

Comments (0)

Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM
Sabtu, November 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Sabtu, November 12, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.