Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Gadis Melayu jual maruah untuk rebut RM600

Label:

Saya petik:
 
[HM] KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.

Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.

Comments (0)

Gadis Melayu jual maruah untuk rebut RM600
Jumaat, November 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, November 18, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.