Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Tuk kadi tinggalkan pengantin sebelum akad nikah. Mengapa?

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] TAWAU: Sepasang pengantin baru menempuh kenangan pahit pada hari pernikahan mereka apabila tok kadi meninggalkan majlis selepas mendakwa tidak sanggup lagi menunggu pengantin lelaki yang lewat tiba, kelmarin.

Kadi terbabit yang memberi alasan terpaksa menghadiri majlis perkahwinan lain dikatakan meninggalkan rumah pengantin perempuan di Kampung Ranggu Batu 12, di sini, ketika paluan kompang bergema menandakan ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Bapa pengantin perempuan, Rahman Ambo Saka, 57, berkata tindakan jurunikah itu menyebabkan dia terpaksa menanggung malu kerana sebaik pengantin lelaki tiba untuk dinikahkan, kadi bertanggungjawab sudah tiada.

“Kami sekeluarga terkilan dengan tindakan kadi yang bertindak melarikan diri sebaik rombongan pengantin lelaki tiba.

“Saya mengakui pengantin lelaki terlewat tiba disebabkan masalah tidak dapat dielakkan dan sudah menjelaskannya kepada jurunikah berkenaan, namun dia enggan mendengarnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di rumahnya.

Katanya, majlis pernikahan pasangan lingkungan 20-an itu sepatutnya diadakan pada jam 11 pagi, tetapi disebabkan masalah itu, rombongan berkenaan hanya tiba, kira-kira jam 11.40 pagi.

“Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira 40 minit kemudian dan sebaik memasuki rumah untuk dinikahkan, tok kadi sudah meninggalkan majlis.

“Kerana tidak mahu menanggung malu, kami kemudiannya terus ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan kadi yang sama tiba di pejabatnya, kira-kira jam 1 petang,” katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan anak perempuannya terpaksa dinikahkan di pejabat agama berkenaan.

“Saya kecewa kerana semua persiapan termasuk majlis makan, pelamin sudah disediakan di rumah, tetapi anak saya terpaksa bernikah di tempat lain, malah terpaksa meninggalkan semua jemputan di rumah.

“Saya berharap JHEAINS memandang serius perkara ini kerana perbuatan lelaki terbabit memberikan gambaran buruk terhadap imej institusi berkenaan,” katanya.

Menurut Rahman, dia faham, jika kadi itu mempunyai urusan lain, tetapi perlu bertimbang rasa kerana kelewatan rombongan pengantin lelaki tidak disengajakan.

“Kelewatan menyebabkan saya terpaksa menebal muka memujuk jurunikah supaya tidak meninggalkan majlis, namun dia menolak dan bertegas meninggalkan majlis,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Abdul Imam Basirun, gagal dihubungi untuk mendapat ulasannya berhubung kejadian itu kerana dia berada di Kemboja atas urusan kerja.

Comments (3)

akhirnya nikah jugalah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah keadaan ini tidak berlaku baru2 ini semasa majlis pernikahan adik perempuan saya di Tawau bersama seorg lelaki pilihannya dari Sandakan yg mengambil masa perjalanan lebih kurang 5 jam ke Tawau. Namun begitu, perkara hampir sama hampir2 terjadi kerana Tok Kadi mengugut untuk meninggalkan majlis kerana tidak sanggup menunggu lebih lama. Apa yg sempat saya dengar semasa org Kampung sedang berzanji sewaktu menunggu ketibaan pengantin adalah kata2 yg amat menyinggung perasaan daripada Tok Kadi tersebut. Antara katanya yg sy ingat adalah, dia menyatakan bahawa jika kita tidak menepati janji ia seumpama munafik dan secara tidak langsung dia menyamakan tuan rumah sebagai munafik. sy tidak menyangka sehingga ke tahap itu dia sanggup menyatakannya. kita akui ada kesilapan drpd diri kami sendiri sbg tuan rumah namun utk menyamakan kami sbg munafik itu adalah keterlaluan bg mereka2 yg kita hormati sbg org2 yg berpengetahuan dlm agama atau ulamak. memang sedih sbg abg krn majlis itu hanya berlaku sekali sahaja dlm hidup adik sy, dan ia berlaku dgn cacian sedemikian rupa.

walaubagaimanapun majlis diteruskan krn semasa tok kadi keluar dari rumah, rombongan pengantin lelaki telah tiba dan upacara pernikahan dilangsungkan dlm keadaan wajah tok kadi yg agak masam. keadaan pernikahan itu tidaklah semesra sbgmn mjlis2 yg sering kita lihat di video2 perkahwinan yg mana tok kadi sempat bergurau dgn kedua2 mempelai serta ahli keluarga.

walau apapun, terima kasih kepada Tok Kadi tersebut. kenangan itu pahit tetapi anda telah menjalankan tugas anda dan adik sy telah diijabkabulkan. sy maafkan semuanya.

permudahkan perkara yg mudah

Tuk kadi tinggalkan pengantin sebelum akad nikah. Mengapa?
Jumaat, Disember 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, Disember 09, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 komen:

On 9 Disember 2011 pada 2:42 PTG , perjalanan pulang berkata...

akhirnya nikah jugalah

On 9 Disember 2011 pada 5:07 PTG , Adam Tawau berkata...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah keadaan ini tidak berlaku baru2 ini semasa majlis pernikahan adik perempuan saya di Tawau bersama seorg lelaki pilihannya dari Sandakan yg mengambil masa perjalanan lebih kurang 5 jam ke Tawau. Namun begitu, perkara hampir sama hampir2 terjadi kerana Tok Kadi mengugut untuk meninggalkan majlis kerana tidak sanggup menunggu lebih lama. Apa yg sempat saya dengar semasa org Kampung sedang berzanji sewaktu menunggu ketibaan pengantin adalah kata2 yg amat menyinggung perasaan daripada Tok Kadi tersebut. Antara katanya yg sy ingat adalah, dia menyatakan bahawa jika kita tidak menepati janji ia seumpama munafik dan secara tidak langsung dia menyamakan tuan rumah sebagai munafik. sy tidak menyangka sehingga ke tahap itu dia sanggup menyatakannya. kita akui ada kesilapan drpd diri kami sendiri sbg tuan rumah namun utk menyamakan kami sbg munafik itu adalah keterlaluan bg mereka2 yg kita hormati sbg org2 yg berpengetahuan dlm agama atau ulamak. memang sedih sbg abg krn majlis itu hanya berlaku sekali sahaja dlm hidup adik sy, dan ia berlaku dgn cacian sedemikian rupa.

walaubagaimanapun majlis diteruskan krn semasa tok kadi keluar dari rumah, rombongan pengantin lelaki telah tiba dan upacara pernikahan dilangsungkan dlm keadaan wajah tok kadi yg agak masam. keadaan pernikahan itu tidaklah semesra sbgmn mjlis2 yg sering kita lihat di video2 perkahwinan yg mana tok kadi sempat bergurau dgn kedua2 mempelai serta ahli keluarga.

walau apapun, terima kasih kepada Tok Kadi tersebut. kenangan itu pahit tetapi anda telah menjalankan tugas anda dan adik sy telah diijabkabulkan. sy maafkan semuanya.

On 10 Disember 2011 pada 6:09 PTG , Tanpa Nama berkata...

permudahkan perkara yg mudah