Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Gara-gara mempromosikan cakera video digital (DVD) lucah kepada anggota polis, seorang penjual diberkas polis dalam serbuan di sebuah kedai cetak rompak di Damansara Utama, semalam.
Sumber polis berkata, ketika ditahan, lelaki berusia 28 tahun itu cuba menjual DVD lucah dengan tawaran harga yang agak murah.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas 10 album mempamerkan kulit cakera DVD lucah yang dipamerkan secara terbuka di satu ruangan di premis terbabit.
“Siasatan awal mendapati mereka menjual bahan ini melalui panggilan telefon, jika ada permintaan daripada pelanggan, lelaki ini akan bertindak menghubungi ‘runner’ sebelum DVD ini diserahkan kepada pelanggan,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan tidak menemui sebarang DVD lucah kerana premis terbabit tidak menyimpan bahan di situ kerana takut dirampas pihak berkuasa.
Sinar Harian pada 16 Februari lalu melaporkan mengenai beberapa premis DVD cetak rompak di Damansara Utama yang didapati turut menjual DVD lucah.
Hasil tinjauan yang dibuat mendapati pakej jualan adalah sekitar RM20 hingga RM30 bergantung kepada kuantiti pembelian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan lelaki itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 292 kanun keseksaan kerana mempamerkan bahan lucah.

Comments (0)
Catat Ulasan