Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.
Kalau ko orang tak mahu, kahwin sahaja denga aku Wani..... aku tak akan tuduh apa-apa kepada kau. Masa silam kau itu dah ditakdirkan...kita kena lihat masa hadapan. Tapi lainlah kalau usia boleh sampai 1000 tahun dan boleh dihidupkan semula (macam ajaran Buddha). Isilah kehidupan yang singkat ini dengan perkara realiti, tak perlu sangat mengungkit perkara yang kita sendiri belum pasti akan mencapainya...