Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Nazri: Siasat dakwaan Raja Petra ke atas Bala yang Mendakwa Najib Terlibat dalam Pembunuhan Altantuya

[MK] Kerajaan persekutuan akan menyiasat dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa perdana menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mingguan Malaysia memetik menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai berkata, dakwaan yang ditimbulkan Raja Petra itu serius kerana menjejaskan sistem perundangan negara.

"Segala dakwaan ini perlu disiasat untuk melihat kesahihannya. Lihat apa yang didedahkan supaya rakyat mengetahui kebenaran dan membuat penilaian," katanya dalam laporan itu.

Nazri juga berkata, Raja Petra berhak mendedahkan perkara yang "dianggap benar secara bertanggungjawab".

Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan ke atas pendedahan berkenaan kerana perlu disiasat terlebih dahulu.

Akhbar itu semalam melaporkan petikan daripada tulisan blog Raja Petra berhubung mengenai pertemuan pertama dengan Balasubramanian pada 2 Julai 2008, ketika Balasubramaniam sedang bersedia membuat sidang media.

Menurut Raja Petra, Balasubramaniam telah menyatakan mengenai perkara yang dilakukan semasa bertugas sebagai polis dan dakwaannya ke atas Najib dalam akuan bersumpah pertama merupakan perkara yang "benar".

Comments (0)

|
This entry was posted on Ahad, Ogos 12, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.