Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Diikat, dibogel kawan lama


 Sekadar hiasan
[HM] KUALA LUMPUR: Demi memperoleh RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan jenayahnya berusia 30 tahun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit, di sini.

Dalam kejadian bermula pada jam 10 malam, 4 September lalu, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop.


Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit.

Tambah keji, sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair dipercayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasannya.


Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keesokannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut.

Comments (0)

Diikat, dibogel kawan lama
Selasa, September 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

 Sekadar hiasan
[HM] KUALA LUMPUR: Demi memperoleh RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan jenayahnya berusia 30 tahun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit, di sini.

Dalam kejadian bermula pada jam 10 malam, 4 September lalu, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop.


Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit.

Tambah keji, sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair dipercayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasannya.


Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keesokannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut.
|
This entry was posted on Selasa, September 11, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.