Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Mahathir akhirnya mengaku beri IC kepada pendatang asing

SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.

“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya. - keadilandaily

Comments (0)

Mahathir akhirnya mengaku beri IC kepada pendatang asing
Jumaat, Januari 18, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, Januari 18, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.