Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Cabul ibu sarat mengandung

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu bengkel didenda RM4,500 dan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang ibu yang sarat mengandung.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada Disember tahun lalu di rumah kedai Taman Patani Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa yang berusia 23 tahun itu kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai terbabit.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd Nasir dalam pendakwaan meminta mahkamah memberi hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam dan mengambil kira mangsa seorang wanita yang sarat tujuh bulan.

Terdahulu, peguam bela, Intan Nur Shafina Baharuddin memohon denda minimum dikenakan terhadap Muhamad Saiful Azuwan memandangkan tertuduh memperoleh pendapatan RM750 sebulan dan terpaksa menyara isteri dan seorang anak serta masih tinggal bersama kedua ibu bapa. -sinarharian
P/s: Nafsu serakah...

Comments (0)

Cabul ibu sarat mengandung
Jumaat, Februari 01, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, Februari 01, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.