BUKIT KATIL 8 MAC: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar
apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat,
selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam
tadi.
Dalam
kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk
Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu
juga terkena serpihan kaca.
“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.
Bagaimanapun,
seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena
serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah
akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
Selain
membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T
biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur
kata-kata kesat.
Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
Sekalipun
pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di
tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah
merempuh benteng.
Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng
berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik
sihat di negara ini.
Comments (0)
Catat Ulasan