Seremban: Hanya kerana terlanggar bahu
pengunjung di sebuah pusat karaoke di kawasan perniagaan Terminal 2 di
sini, seorang lelaki dipercayai dikelar lehernya hingga mati, awal pagi
semalam.
Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) ketika mendapatkan rawatan.
Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) ketika mendapatkan rawatan.
Terdahulu, Mohd Hairulnizam yang mengunjungi pusat karaoke itu bersama
lapan rakannya pada jam 2 pagi, dikatakan dimarahi selepas terlanggar
bahu seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah bilik pusat karaoke
berkenaan.
Mangsa minta maaf
Tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki masuk ke bilik mangsa dan rakannya berkaraoke lalu meminta maaf kerana kejadian itu, tetapi sebaik mereka keluar, mangsa didapati tidak berada dalam bilik itu.
Rakan mangsa bergegas mencarinya, tetapi terkejut menemui Hairulnizam duduk bersandar pada dinding dekat pintu keluar pusat karaoke itu, dalam keadaan parah akibat lehernya dikelar benda tajam.
Sebaik mencari kumpulan lelaki terbabit, rakan mangsa mendapati mereka bertempiaran lari mendapatkan kereta dan memecut kenderaan masing-masing.
Petanda ditinggalkan adik
Sementara itu abang mangsa, Mohd Ridiman, 35, berkata dia menerima panggilan pada jam 2.30 pagi daripada seorang rakan memberitahu adik bongsunya berada di HTJS.
Katanya, adiknya yang tinggal bersamanya di Taman Seri Pagi, Senawang, dekat sini, nazak setiba di HTJS.
Beberapa hari lalu, saya lihat dia amat rapat dengan dua anak saya. Mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga, katanya ketika ditemui di HTJS.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Comments (0)
Catat Ulasan