Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Perhimpunan haram halang polis tumpu pencegahan jenayah, kata KPN

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Sikap penganjur dan peserta perhimpunan yang tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyukarkan polis untuk menumpukan tugasan hakikinya menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap penganjur yang tidak memaklumkan mengenai perhimpunan dan tidak berbincang dengan pihak polis adalah antara tindakan yang tidak mematuhi syarat dalam APA.

Akibatnya, beliau berkata pasukan polis terpaksa mengambil langkah keselamatan yang lebih dengan menggerakkan anggota pasukan di satu kawasan dalam jumlah yang besar.

"Kerana ingin menjaga ketenteraman awam di perhimpunan itu, kita terpaksa tempatkan ramai anggota kerana khuatir jika ada kumpulan lain yang menentang perhimpunan itu hadir mengadakan demonstrasi dan akhirnya berlaku pergaduhan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.

Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya Jumaat lepas. Katanya selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir, pembangkang telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram di beberapa negeri membantah keputusan pilihan raya umum dan didapati perhimpunan mereka telah melanggar syarat di dalam APA.

Pembangkang telah menganjurkan lima perhimpunan iaitu di Perak, Kelantan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dan kesemuanya adalah perhimpunan haram.

Beliau berkata akibat tindakan menjaga sesuatu perhimpunan itu, tugasan pasukan polis telah terganggu daripada menjalankan rondaan pencegahan jenayah.

"Kita menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan itu, perhatian kita telah dialihkan daripada tugas untuk menangani tugas-tugas lain dalam kepolisan ini, selain mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya," katanya.

Jika pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mematuhi syarat mengikut APA, beliau memberi jaminan perhimpunan yang ingin dianjurkan akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. — Bernama
-TMI

Comments (4)

in sya Allah, perhimpunan akan aman kalau polis dan umno tak kacau.

Alah, kalau tak ada perhimpunan aman pun... polis tetap tak boleh kawal jenayah di Malaysia. Rumah adik sendiri masuk perompak cakap banyak. Silap-silap polis sendiri yang menjadi penjenayah... rujuk si Papagomo bekas polis trafik yang melakukan jenayah rasuah.

Tempat lain yg jauh dr tempat perhimpunan pun bykjuga berlaku jenayah..tk da apa beza nye pun..

Alasan yang tak manasabah langsung! Siapa yang kerah begitu ramai anggota Polis mengawasi perhimpunan Aman? Adakah perhimpunan ni berjalan setiap hari sepanjang masa disemua tempat secara serentak sehingga semua kerja polis yang lain tergendala?Tolong jangan bodohkan rakyat boleh tak? Rakyat bukanya lembu macam penyokong UMNO dan segelintir kepimpinan Polis yang dilihat lebih UMNO dari ahli UMNO sendiri! Tolonglah bagi alasan yang cerdik sikit! Masalah perhimpunan ni kalau benar ianya masalah hanyalah tentang isu notis awal 10 hari! Bukanya perhimpunan ini merusuh dan menimbulkan kekacauan fizikal kepada awam! Masalah polis tak dapat tumpukan kepada soal jenayah ialah kerana polis banyak buat kerja lain yang tidak membantu mengurangkan kadar jenayah! Tumpuan lebih kepada kumpul maklumat politik, bukanya keselamatan! Kepada KPN, cubalah bersikap profesional dan berkecuali dalam melaksanakan tugas! Jangan sampai dalam persepsi rakyat anda dilihat sebagai tidak neutral dan seolah-olah menjadi pegawai seranta atau pegawai penerangan UMNO! Kerja untuk rakyat terbanyak dan negara, bukan untuk pemimpin politik dan parti politik!

|
This entry was posted on Rabu, Mei 22, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 komen:

On 22 Mei 2013 pada 11:04 PTG , Tanpa Nama berkata...

in sya Allah, perhimpunan akan aman kalau polis dan umno tak kacau.

On 22 Mei 2013 pada 11:53 PTG , Tanpa Nama berkata...

Alah, kalau tak ada perhimpunan aman pun... polis tetap tak boleh kawal jenayah di Malaysia. Rumah adik sendiri masuk perompak cakap banyak. Silap-silap polis sendiri yang menjadi penjenayah... rujuk si Papagomo bekas polis trafik yang melakukan jenayah rasuah.

On 23 Mei 2013 pada 1:01 PG , Tanpa Nama berkata...

Tempat lain yg jauh dr tempat perhimpunan pun bykjuga berlaku jenayah..tk da apa beza nye pun..

On 23 Mei 2013 pada 1:17 PG , sizzly7761 berkata...