Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Selepas pengubahan wang haram, Malaysia dikaitkan dengan penyeludupan steroid

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menetapkan operasi pengedaran steroid di seluruh dunia yang sebahagiannya berjaya di Malaysia di bawah Washington DC Kingpin Statute, mensasarkan pengedar dadah besar-besaran termasuk kartel Tijuana terkenal di Mexico, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Langkah itu muncul selepas Liberty Reserve, pengubah mata wang global yang berdaftar di Costa Rica, didakwa minggu lepas kerana menjalankan operasi pengubahan wang haram AS$6 bilion (RM18.6 bilion) dikatakan terbesar di dunia, dan melibatkan pengurup wang tidak berlesen berpangkalan di Malaysia seperti diakui Bukit Aman.

WSJ melaporkan Obama telah mengenakan sekatan terhadap enam individu dan kumpulan, termasuk yang dikatakan peniaga steroid anabolik, Mihael Karner Slovenia — didakwa menjalankan syarikat payung jualan pengiklanan steroid di Malaysia dipanggil Asia Pharma — meningkatkan kebimbangan sama ada peraturan-peraturan Malaysia begitu longgar sehingga dieksploitasi oleh organisasi jenayah antarabangsa.

Termasuk dalam senarai adalah rakyat Afghanistan, Haji Kotwal Noorzai, ketua pengedar dadah dan pemilik makmal pemprosesan heroin, sekarang menetap di Pakistan dan pernah bekerja dengan Taliban; dan orang paling penting Mexico, Luis Fernando Sanchez Arrelano, yang didakwa sebagai pemimpin terkenal operasi Kartel Tijuana terkait kepada beberapa penculikan dan pembunuhan di kawasan Tijuana, lapor WSJ.

Menurut akhbar perniagaan antarabangsa dan isu semasa itu, Karner menggetuai organisasi antarabangsa yang menjual steroid anabolik di internet dan telah menubuhkan syarikat cengkerang untuk menyembunyikan asal usul keuntungan.

Steroid anabolik yang dikenali sebagai penggalak prestasi dan digunakan untuk tujuan kosmetik tetapi boleh merosakkan kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.

Memetik pegawai Perbendaharaan AS, WSJ melaporkan Karner menguruskan syarikat payung jualan pengiklanan steroid di Malaysia digelar Asia Pharma.

Semakan di Google menunjukkan Asia Pharma adalah syarikat liabiliti terhad farmaseutikal di Kuala Lumpur dengan nombor telefon dan faks tempatan tetapi tidak menyatakan alamat e-mel.

Di laman sesawangnya syarikat itu berkata matlamat utamanya adalah pengeluaran dan penjualan produk generik farmaseutikal berkualiti tinggi kepada negara-negara membangun yang tidak mampu untuk membeli ubat-ubatan proprietari mahal. Kebanyakan daripada 56 produk tersenarai berhubung dengan rawatan hormon lelaki dan perempuan.

Ia mendakwa misi “Asia Pharma Ltd adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan memberikan mereka lebih banyak ubat-ubatan berkualiti sama untuk jumlah wang yang sama”.

WSJ melaporkan Karner, isteri dan adiknya telah didakwa di Mahkamah Persekutuan Massachusetts pada tahun 2010 atas tiga pertuduhan konspirasi pengubahan wang haram, mengimport dan mengedarkan steroid.

Karner dilaporkan telah melarikan diri kembali ke tempat asalnya Slovenia sejak itu di mana dia meneruskan operasinya walaupun telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa AS, kata akhbar itu memetik pegawai Perbendaharaan AS.

Dalam mengenakan sekatan, Obama dilaporkan telah menggunakan Kingpin Statute, atau nama sebenarnya Continuing Criminal Enterprise (CCE) Statute, undang-undang persekutuan Amerika Syarikat bertujuan untuk menghapuskan perusahaan jenayah narkotik yang berfungsi seperti perniagaan sah. -theMalaysianInsider

P/s: Semua juara....

Comment (1)

Mesti salah anwar..

|
This entry was posted on Isnin, Jun 03, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 4 Jun 2013 12:59 PG , Tanpa Nama berkata...

Mesti salah anwar..