Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

SPR sudah sedia

SHAH ALAM – SPR dan pasukan Peguam Negara sudah bersedia untuk berdepan dengan petisyen yang dikemukakan oleh semua parti politik yang bertanding pada PRUI13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, tempoh untuk menghantar petisyen akan berakhir esok.

“Semua peguam di bawah Jabatan Peguam Negara sudah dilantik, termasuk penasihat undang-undang di setiap kementerian juga sudah bersedia.

“Perkara ini perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan di Mahkamah Tinggi, selepas itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan, jadi semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan pada 22 Mei lalu.

Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Menurut Abdul Aziz, semua parti politik terutamanya pembangkang perlu mengambil kesempatan yang masih ada untuk membuktikan apa yang didakwa sebelum ini.

“Mereka kata kita ‘ibu segala penipuan’ , maksudnya seluruh proses itu menipu, itu pemahaman saya, jadi buktikan dengan fail petisyen.

“Saya tidak kata kita (SPR) sempurna, kadang-kadang kita tidak sedar, jadi tunjukkan bukti bahawa dengan sebab-sebab ini dia kalah, barulah mahkamah akan bahas,” katanya.

Beliau berkata, proses memfailkan petisyen sangat teliti kerana banyak aspek diambil kira, oleh sebab itu setiap tuduhan yang dibuat perlu berserta bukti yang kukuh.

“Contoh mereka kata, lampu padam sebab mereka kalah, helikopter bawa kertas undi, jadi buktikan.

“Bawa semua dalam petisyen, kemukakan dengan bukti kerana selama hari ini SPR tiada sebarang agenda untuk menipu, jika benar seperti yang didakwa sedarkan kami,” katanya.

Tambah beliau, jika petisyen yang dikemukakan itu gagal berserta dengan bukti kemungkinan besar ia akan ditolak pada peringkat awal lagi.

PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen paling banyak diterima pada PRU 1999 yang membabitkan 40 petisyen.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria telah memberi jaminan bahawa petisyen boleh diselesaikan dalam tempoh setahun jika segala-galanya berjalan dengan lancar.

Walaupun PRU2008 dianggap berlaku tsunami politik, SPR hanya menerima 26 petisyen.

Dijangkakan PRU13 bakal mencatatkan sejarah apabila parti PR menganggarkan sebanyak 35 petisyen akan dikemukakan manakala Umno dengan 50 petisyen. -sinarharian

Comments (0)

SPR sudah sedia
Selasa, Jun 11, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Selasa, Jun 11, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.