ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.
KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.
“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan,” kata Azman. -kosmo
Harap2 banduan2 di penjara di mana hampeh ni dipenjarakan akan memaksa pula dia buat benda tu, supaya dia tahu hinanya kerja yang dia lakukan terhadap budak perempuan tersebut!