Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Suami pukul isteri kerana tak bantu untuk dia kahwin lain....

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Dia bukan sekadar menendang dan memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam kejadian jam 6 pagi.

Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.

Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup sebelum meminta daripada isterinya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6 pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.

“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berkahwin lagi.

“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.

“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.

“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang kandung wanita terbabit datang ke rumah.

Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.- hmetro
 
P/s: Suami bangang!!!

Comments (2)

Insaflah..ini bulan Ramadhan yang Allah wajibkan kita berpuasa.. guna untuk mendidik jiwa menjadi insan yang taat pada hukum Allah s.w.t. Kenapa kita tidak minum dan makan walaupun dalam suasana kita bersendirian sedangkan segala apa yang diinginkan oleh perut dan tekak berada di depan mata... makanan dan minuman. Apakah kita tidak lapar atau dahaga ketika itu? Habis kenapa kita masih bertahan untuk tidak makan dan minum? Kenapa? Oleh itu jadilah seorang suami yang punya tanggungjawab... isteri dan anak yang dikurniakan Allah bukanlah tempat untuk kita melepaskan geram.

Betul. Tapi masih ramai kaum suami yg menganggap isteri sbgi bebab bukan tanggungjawab

Suami pukul isteri kerana tak bantu untuk dia kahwin lain....
Isnin, Ogos 05, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Isnin, Ogos 05, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 5 Ogos 2013 pada 12:01 PTG , hadi berkata...

Insaflah..ini bulan Ramadhan yang Allah wajibkan kita berpuasa.. guna untuk mendidik jiwa menjadi insan yang taat pada hukum Allah s.w.t. Kenapa kita tidak minum dan makan walaupun dalam suasana kita bersendirian sedangkan segala apa yang diinginkan oleh perut dan tekak berada di depan mata... makanan dan minuman. Apakah kita tidak lapar atau dahaga ketika itu? Habis kenapa kita masih bertahan untuk tidak makan dan minum? Kenapa? Oleh itu jadilah seorang suami yang punya tanggungjawab... isteri dan anak yang dikurniakan Allah bukanlah tempat untuk kita melepaskan geram.

On 14 Ogos 2013 pada 6:18 PTG , Tanpa Nama berkata...