Anak-anak muda Islam kalau sudah berani melakukan zina, minum arak, berjudi, dan bermacam lagi kemungkaran, maka apa yang boleh diharapkan daripada mereka? Mampukan mereka ini membela agama, bangsa, dan negara? Di bangku sekolah lagi maruah diri sudah tergadai....
[HMETRO] GEORGETOWN: Ibu hadir kenduri di kampung, anak pula kenduri di hotel. Itu yang berlaku ke atas seorang pelajar sekolah menengah apabila menghabiskan baki cuti sekolah di bilik hotel sebelum dicekup berkhalwat dengan pasangannya di Butterworth, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar itu antara 13 pasangan berusia 18 hingga 30-an yang ditahan atas kesalahan berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam di beberapa lokasi berasingan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Dalam operasi ‘Ops Sayang’ bermula jam 12.30 tengah malam hingga 9 pagi itu, tujuh pasangan ditahan atas kesalahan berkhalwat dan enam pasangan lagi kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam di tepi pantai.
Penolong Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Ibrahim Md Jaki berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, pelajar wanita itu ditemui bersama pasangannya berusia 20-an di dalam bilik hotel di Prai.
Ketika ditahan kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan kepada pegawai penguat kuasa agama.
Beliau berkata, ketika disoal siasat, dia memberi alasan tiada tempat penginapan kerana takut tinggal seorang di rumah disebabkan ibu bapa pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan saudaranya sebelum keluar bertemu teman lelakinya pada jam 9 malam.
Katanya, pada awalnya mereka sekadar keluar untuk menikmati makan malam tetapi atas alasan lewat dan takut, mereka memberi alasan menginap dan tidur di hotel sebelum pulang semula ke Kulim, Kedah pada keesokannya.
“Begitu juga satu lagi tangkapan membabitkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20-an apabila turut ditahan atas kesalahan sama apabila sanggup tidak pulang ke Sungai Petani, Kedah semata-mata untuk bertemu kekasih yang datang dari Perak,” katanya.
“Jarak perjalanan dari Prai ke Sungai Petani hanya mengambil masa kira-kira sejam, namun atas dasar rindu mereka mengambil keputusan menginap di hotel untuk bermadu kasih sebelum ditahan,” katanya ketika ditemui dalam operasi ‘Ops Sayang’ di sini, semalam.
Comments (0)
Catat Ulasan