Hallo hallo...
Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai presiden MIC pada Januari, 2011 dan akan menyerahkan tugas kepada timbalannya Datuk G. Palanivel.
Boleh percaya ke? Sumber di sini.
Kongsi Info: tokkiyai65@gmail.com

Kalau nak ceraikan isteri tu, pikir-pikir la dulu. Janganlah kerana perasan marah menguasai diri, talak dilafazkan sesuka hati. Kalau dah gila talak, siapa yang rugi? Setiap hari duk gigit jari...
Saya petik:
[HM] KUANTAN: Mungkin akibat gila talak, seorang pembantu perubatan sebuah hospital di sini, bertindak ganas apabila membuat kecoh pada majlis akad nikah bekas isterinya dengan membelasah seorang anggota tentera yang bakal menikahi wanita berkenaan di Medan Warisan di sini, kelmarin.
(Gambar: Adun Kulim YB Lim Soo Nee)Sudahlah melakukan maksiat dengan berkhalwat dengan isteri orang, bila orang kampung menegur, orang kampung pula dimarahi anggota polis tersebut. Mungkin dia ingat berkhalwat itu tidak salah dan tidak berdosa....
Saya petik:
[KS] TELUK INTAN - Gara-gara bermalam dengan isteri orang, seorang anggota polis cedera dibelasah penduduk kampung selepas 'dicekup' di dalam sebuah rumah di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini malam Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota polis itu dikatakan naik angin dan terus memarahi penduduk kampung selepas rumah kekasihnya yang juga ibu kepada 10 anak tersebut diketuk.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, pelakuan sumbang anggota polis berusia 50 tahun bersama pasangannya, sejak beberapa tahun lalu itu telah menjadi perhatian banyak pihak.
Katanya, sebaik pintu rumah papan itu dibuka oleh wanita berkenaan selepas diketuk berulang kali, anggota polis terbabit yang hanya memakai kain pelikat terus memarahi orang kampung sebelum berlaku satu pertengkaran.
"Penduduk yang malu dengan apa yang berlaku mempertahankan tindakan mereka mengetuk pintu rumah berkenaan dan selepas itu tercetuslah pergaduhan menyebabkan anggota polis terbabit cedera pada bahagian muka," katanya.
Semasa kejadian, tiga kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita tersebut berada dalam rumah tersebut.

[MStar] KUALA LUMPUR - “Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan.”
Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.
Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.
“Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.
“Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh ” katanya.
Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.
Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.
Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.
Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.
Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.
Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.
Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.
“Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang,” katanya.
Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.
Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.
Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.
“Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang,” katanya.
(Gambar: Ima mendakwa dirogol pakar motivasi yang juga majikannya menunjukkan laporan polis yang dbuat)"Hebat sungguh" pakar motivasi itu. Selain memberi motivasi yang baik-baik kepada umum, sempat juga memberi "motivasi jahat" kepada pekerja. Kalau benarlah dakwaan mangsa, memang lahanatlah pakar motivasi itu.....
Saya petik:
[KS] KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.
Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.
Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.
“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.
Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.
Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai.
Saya ingin bertanya kepada saudara pembaca, di manakah hebatnya NGO yang bernama PERKASA ini sehingga diberikan liputan yang besar oleh media Umno? Adakah kerana umno dan PERKASA mempunyai hubungan yang intim?[TVS] KUALA LUMPUR 27 SEPT: Perkasa tidak harus dilimpahi publisiti meluas sebagaimana yang dinikmati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Seakan-akan mengiyakan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini yang mengkritik Utusan Malaysia kerana memberi ruang besar kepada pimpinan Perkasa kebelakangan ini, Presiden Gerakan itu menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu sebagai tidak penting dan tidak harus diberi muka serta tiada sebab untuk memberi ruang terlalu banyak .
"Namun, kita harus melihat pada sebab musabab masalah mereka yang boleh kita klasifikasikan sebagai sosio-ekonomi dan politik," katanya kepada wartawan selepas di National Unity Forum 2010 di Jakarta.
Manusia boleh berinterkasi dengan makhluk asing seperti jin dengan cara-cara tertentu. Tetapi tidak semua manusia boleh melakukannya. Timbul persoalan, adakah wujud makhluk di angkasa lepas? Ya memang ada...mereka juga adalah makhluk Allah. Mungkin makhluk tersebut adalah golongan jin. Wallahu 'alam.
Saya petik:
[KS] KUALA LUMPUR - Jika terbukti wujudnya makhluk asing di angkasa lepas, bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, (gambar) bakal menjadi orang pertama akan berkomunikasi dengan entiti berkenaan.
Interaksi itu boleh dilakukan sekiranya hidupan lain di galaksi berjaya disahkan secara saintifik.
Tanggungjawab itu diberi kepada Mazlan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.
Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.
Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.
Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.
(Gambar sekadar hiasan) 
KUALA LUMPUR - Taksub kepada majikan dipercayai menjadi punca enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting sanggup melakukan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, terdapat di kalangan pekerja itu telah 15 tahun bekerja dengan majikan itu.
Menurut beliau, berdasarkan pengakuan empat daripada enam pekerja itu, mereka menyatakan mangsa-mangsa telah diikat, dipukul, ditikam dan dibakar sebelum abu kesemua mayat itu di buang ke dalam Sungai Panchau.
Berikutan kejadian itu, kata Bakri, polis yakin telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan menghentikan operasi mencari bahan bukti di sekitar Ladang Gadong.
"Polis percaya kes pembunuhan empat mangsa itu telah dapat diselesaikan berdasarkan urutan peristiwa, tindakan-tindakan dan juga bukti yang telah diperoleh.
-kosmo

Ini, katanya kerana banyak media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenar terutamanya apabila berkaitan dua kumpulan besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
“Kita lihat di negara kita kini, media arus perdana begitu takut untuk melaporkan perkara sebenar, oleh itu saya rasa wartawan yang hadir malam ni kena fikir balik dan jangan lagi duduk dalam akhbar yang bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah dan politik dunia semata-mata,” ujar beliau pada majlis dialog dengan wartawan sempena Idulfitri di sini, malam tadi.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS membuat perbandingan dua akhbar arus perdana di mana ada yang hanya menyiarkan berita dari pihak kerajaan Pusat sahaja dan satu lagi menyiarkan bagi kedua-dua pihak.
Ini, katanya menyebabkan rakyat Kelantan kini semakin kurang memilih akhbar yang hanya berpihak kepada satu pihak sahaja.
Semasa sesi dialog dibuka, wakil akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Bernama, Harakah, Sin Chew Daily dan Astro Awani mengambil bahagian untuk bertanyakan pelbagai isu dan dijawab mesra oleh Menteri Besar.
Di antara isu yang dibangkitkan ialah ada akhbar arus perdana yang seolah-olah dipinggirkan dalam program Menteri Besar dan kesukaran mendapat maklumat tepat dari pihak kerajaan negeri dalam pelbagai isu.
Nik Aziz ketika menjawab persoalan tersebut berkata, mereka bukannya dipinggirkan tetapi media itu sendiri yang menjauhkan diri dari berhadapan dengan kenyataan yang sebenar.
“Saya tahu wartawan ni pada hakikatnya menulis apa yang dilihat sendiri tetapi maklumlah bila kerja dengan akhbar milik Pusat, apa yang dibuat oleh kita serba tak kena dan susahlah mereka nak laporkan perkara sebenar.
“Saya rasa cukuplah kerja dengan mereka ni, buat kerja secara jujurlah sebab di akhirat nanti akan ditanya semua ni,” katanya lagi.
-harakahdaily
(Gambar: Mufti Kedah)

Pengunjung yang dihormati,
Email: tokkiyai65@gmail.com
© All Rights Reserved. :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
Powered by : Blogger.com | Blogger Templates by SkinPress.com | Blogger Templates